Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Hanya Seri 0-0 Dilakar...

LONDON - Liverpool yang mendapat inspirasi dengan kehadiran pengurus baharu, Jurgen Klopp sekadar mencatat keputusan...

Lambaian Terakhir Red Bull...

LONDON - Red Bull mengucapkan selamat tinggal kepada Sebastian Vettel yang berhijrah ke...

Gangguan Bekalan Air 220,867...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 185,867 rumah di Kuala Lumpur dan 35,000 rumah di...

Mangsa Banjir Di Kedah...

SUNGAI PETANI - Jumlah mangsa banjir di Kedah pagi ini kekal 213 mangsa...

Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah Ambil Ganja

PELAKON, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11-Nor Delta 9 Tetra Hydrocannobil) ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Memetik laporan mStar Online, pelakon yang terkenal dengan tagline ‘Wa Kasi Sengat’ itu minta dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya pada Selasa.

Memetik sumber lagi, mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy, pelakon berusia 48 tahun itu didakwa menggunakan dadah jenis THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta seorang penjamin dan Nurul Huda menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori