Skuter Percuma Bantu Jemaah Uzur Di Makkah

SELESA… Jabatan khidmat mobiliti bagi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyediakan lebih 9,000 skuter percuma untuk jemaah umrah warga emas serta mereka yang berkeperluan khas.

Pengarah jabatan khidmat mobiliti, Saleh Mohammed Hosawi, berkata 168 kakitangan akan memastikan kecekapan dan mudahnya mendapatkan akses kepada skuter khas berkenaan, termasuk penyelia, juruteknik dan pentadbir.

Malahan pihak jabatan berkenaan sudahpun mengkhususkan 700 unit skuter mobiliti berwarna hijau tersebut di aras mezzanine, yang boleh ditempah dari empat laluan masuk berbeza ke kompleks Masjidil Haram.

Beliau merujuk bahawa khidmat kenderaan secara tanpa bayaran itu mempunyai beberapa hentian di sekitar tapak suci tersebut, yang meliputi beberapa laluan masuk dengan menghala ke Makkah dan Masjidil Haram.

Saleh juga menambah jabatan tersebut menarik lebih 3,000 rakyat belia Saudi, yang dikerahkan di sekeliling masjid itu, yang menyelaras dengan pihak berkuasa keselamatan bagi mengendalikan orang ramai dan pengguna skuter.

Ini juga bagi memastikan penunggang kenderaan terbabit tidak pula menghalang pergerakan ratusan ribu jemaah yang berjalan kaki di dalam dan luar sekitar Masjidil Haram.

Jabatan berkenaan turut menyelia pegawai penolong, yang bantu jemaah lanjut usia dengan kerusi roda, serta memberi mereka permit kerja dan memastikan mereka memenuhi semua urusan dan pendaftaran guaman.

Jabatan itu juga memastikan mereka mematuhi peraturan, termasuk kawalan harga bagi khidmat mereka bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh para jemaah semasa menunaikan ibadah mereka.

Sehubungan itu, jabatan tersebut menyatakan pegawai penolong itu beroperasi sepanjang masa mengikut syif, sambil menambah terdapat 209 pegawai penolong berdaftar kesemuanya. – Agensi

Loading...