Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Tiga Lelaki...

KUANTAN - Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan pengedaran dadah dengan penahanan tiga lelaki...

Tun M Jumpa Hindraf...

CAMERON HIGHLANDS - Pertemuan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir...

T’ganu Saran Malaysia Ketuai...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini menyarankan supaya Malaysia mengetuai negara-negara Islam...

‘Hensem Macam SRK’ –...

CERITA orang mencari jodoh di media sosial, bukanlah perkara baharu atau pelik. Namun, netizen...

Skuad Kebangsaan Kembali Digelar Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan gelaran ‘Harimau Malaya’ sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata penukaran nama tersebut adalah atas titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku presiden FAM.

“Penukaran nama tersebut selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan di zaman kegemilangan bola sepak.

“Oleh demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuat kuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM.

“Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka panjang,” katanya dalam satu entri di laman Facebook FAM, hari ini.


Sebelum ini, bekas Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan penukaran gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia sebagai nafas baharu.

Ia juga sebagai kesinambungan secara menyeluruh kepada imej skuad kebangsaan pada ketika itu. – BERNAMA

Kategori