SKMM Siasat Wujud Kumpulan Sebar Video Lucah Terbaharu

CYBERJAYA Р Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat kewujudan kumpulan WhatsApp yang menyebarkan video Lucas terbaharu dipercayai mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Pengerusinya, Al-Ishsal Ishak berkata, mereka yang berada di dalam kumpulan WhatsApp itu boleh membuat tangkapan skrin (screen capture) individu yang mewujudkan kumpulan tersebut.

“Selepas itu, mereka boleh menghantar WhatsApp kepada nombor telefon hotline kami. Ia merupakan langkah terpantas (untuk membuat laporan).

“Sehubungan dengan itu, kita akan menjalankan siasatan dengan bantuan pihak polis. SKMM akan menerima aduan daripada pelbagai pihak. Jadi, anda perlu membuat tangkapan skrin dan beri kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai Projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di sini hari ini.

Awal pagi tadi, sebanyak enam buah klip video intim dua orang lelaki yang dipercayai mirip Azmin dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz disebarkan melalui kumpulan WhatsApp bertajuk Video Terkini Azmin.

Difahamkan, individu yang mewujudkan kumpulan WhatsApp itu hanya menjemput pengamal media ke dalam kumpulan tersebut.

Mengulas lanjut, menurut Al-Ishsal, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sama seperti kes lain meskipun video tersebut dipercayai melibatkan seseorang berstatus menteri. 

Tambahnya, SKMM akan membuat kenyataan lanjut mengenai perkara tersebut dalam tempoh masa terdekat.

Loading...