Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Singgah Restoran, Pesan...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah singgah di...

Apa Permintaan Peribadi Tun...

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegaskan punca Tun Dr Mahathir...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas...

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai...

Ewww…Tikus Dijadikan Daging Burger

JIJIK tapi lain pula di Rusia apabila sebuah restoran, Krasnodar Bistro memperkenalkan burger...

SKMM Siasat Gambar Fitnah Pertabalan Agong

HULU TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung penyebaran gambar berunsur fitnah bersempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Selasa lepas, di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata siasatan dijalankan selepas SKMM menerima aduan berhubung gambar itu yang didakwa memfitnah pemimpin negara.

“Ia masih dalam siasatan, kita tunggulah hasilnya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan kelengkapan persekolahan 2017 Peringkat Risda Daerah Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai kemungkinan pengguna akan mengalami gangguan perkhidmatan telekomunikasi susulan kerja menaik taraf telekomunikasi sehingga Jun depan, Jailani berkata pihaknya telah meminta SKMM membuat pemantauan bagi memastikan kerja disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

“Arahan telah dikeluarkan supaya syarikat perkhidmatan menaik taraf sistem daripada 3G kepada 4G dan kemungkinan akan mengalami gangguan semasa penggunaan perkhidmatan telefon selular… saya berharap semua pihak bersabar,” katanya.


Pada majlis itu, 244 pelajar daripada daerah ini, masing-masing menerima sumbangan berupa pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis bernilai kira-kira RM150 daripada Yayasan Risda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori