Siti Nurhaliza Ucap Takziah, Tak Sempat Ziarah

PENYANYI no. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza menerusi posting di laman Instagram merakamkan ucapan takziah di atas pemergian biduan negara, Tan Sri Dato SM Salim.

“Saya turut bersedih di atas pemergian beliau dan saya mendoakan agar beliau tergolong di kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau,” tulis Siti di laman sosialnya itu.

Siti turut memohon maaf tidak dapat menziarahi jenazah kerana sedang berada di Jakarta, Indonesia pada ketika ini.

Siti menyifatkan hubungannya dengan Allahyarham ibarat seperti seorang bapa yang sering memberikan nasihat dan contoh yang baik kepada generasi muda yang terlibat dalam bidang seni suara seperti dirinya.

Siti pernah berduet dengan Allahyarham menerusi dua buah lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan Bergending Dang Gong.

 

Al-Fatihah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dari kami sekeluarga.Satu kehilangan tokoh seni serba boleh kepada industri muzik Malaysia. Beliau seperti ayahanda yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik serta ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda seperti saya dan rakan2 artis yg lain. Pengalaman berduet bersama beliau seperti lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling serta Bergending Dang Gong merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana beliau memang seorang yang banyak memberi nasihat walaupun terselit lawak jenaka di dalam persembahan malah di luar pentas juga beliau seorang yang sangat rajin memberi didikan yang baik untuk dicontohi. Saya turut bersedih di atas pemergian beliau dan saya mendoakan agar beliau tergolong di kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau dan saya mohon maaf kerana tidak dapat menziarah kerana ketika ini saya berada di Jakarta, Indonesia.

A photo posted by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di sisi ahli keluarga pada jam 5.44 petang hari ini di kediaman anaknya di Taman Sering, Ukay Perdana, Hulu Klang.

Jenazah dijangka dikebumikan sebelum solat Jumaat di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. – MYNEWSHUB.CC

Loading...