Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

CIA Dedah Dokumen Skandal...

KUALA LUMPUR - Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru...

Peguam Negara Satu Tanggungjawab...

KUALA LUMPUR – Peguam kanan Tommy Thomas berkata beliau merasa terharu terhadap pelantikannya...

Tiru Semangat Peneroka FELDA

Mungkin ada baiknya anak muda yang sering mengeluh sukar mencari kerja dan sukar...

Siti Saleha Kongsi Gambar...

SEBELUM ini pelakon Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 26,...

Siti Nurhaliza Sangkal Dakwaan Digam TV3

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau disekat atau digam daripada membuat kemunculan di stesen televisyen, TV3.

Perkara itu hangat diperkatakan baru-baru ini usainya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Siti menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menyangkal dakwaan itu, Siti berkata pihak stesyen televisyen yang bernaung di bawah Media Prima itu ada menjemputnya untuk membuat kemunculan namun undangan tersebut terpaksa ditolak.

Jelasnya, undangan yang dibuat TV3 sering bertindih dengan jadual seninya sekaligus menganggap perkara itu sebagai tiada rezeki untuk bekerjasama.

“Saya bukan digam atau disekat untuk muncul di stesen televisyen tersebut seperti yang dikatakan ramai. Tidak ada istilah digam atau sebagainya.

“Cuma saya jarang muncul sahaja tetapi TV3 tak pernah sekat saya. Mereka ada juga jemput untuk hadir membuat kemunculan pada program terbitan mereka namun tak dapat penuhi kerana masa yang tidak sesuai selain jadual bertindih,” katanya dipetik mStar Online.

Selain itu, Siti juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang mencampur-adukkan isu politik dan bidang seni kerana dua bidang itu tiada kena-mengena dengan satu sama lain.

Tambah penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu, beliau menganggap seni itu sepatutunya dinikmati oleh semua orang tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing.

Malah, ujarnya lagi, sebagai penyanyi dalam industri muzik negara dan juga seorang penghibur, beliau berhak untuk mengadakan persembahan di mana sahaja.

“Situasi menjadi artis ni memang sentiasa diberi perhatian dan ramai yang mengikuti. Tapi kita tak boleh campur aduk seni dan politik.

“Seni untuk semua dan tidak ada politik. Saya menyanyi untuk semua orang, tidak kira kerajaan atau pembangkang. Sesiapa sahaja untuk dihiburkan,” ujarnya.

Siti berkata demikian ketika majlis pertunjukan fesyen dan pelancaran butik Creacion & SimplySiti di Melawati Mall, Ampang, Selangor pada petang Ahad.


Ia juga adalah kemunculan pertama penyanyi itu selepas melahirkan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Sebelum ini, tular di media sosial spekulasi yang mengatakan Siti digam oleh pihak TV3 selepas anak tirinya, Asyraf Khalid mendedahkan punca sebenar penyanyi itu jarang muncul di stesen televisyen itu.

Jelas Asyraf, Siti digam kerana pernah mempersoal kerajaan terdahulu selain menyatakan sokongannya buat Tun Dr. Mahathir.

Asyraf menulis kenyataan itu di ruangan komen Instagram Syed Saddiq malah turut mendakwa bahawa dirinya juga pernah menerima amaran selepas memuat naik gambarnya bersama ahli parlimen Muar itu.

Mengulas mengenai Creacion & SimplySiti, beliau memilih Melawati Mall sebagai lokasi untuk membuka butik cawangan kelapan kerana lokasi berkenaan mempunyai ramai penduduk berbangsa Melayu.

Malah kata Siti, beliau tertarik dengan keterbukaan pihak pengurusan pusat beli-belah itu yang mengutamakan peniaga tempatan untuk berniaga di Melawati Mall.

“Melawati Mall adalah satu tempat yang strategik dan masih baharu. Kebanyakkan penduduk di sini juga adalah Melayu.

“Malah pihak pengurusan juga memberi peluang kepada peniaga tempatan seperti saya untuk membuka butik di situ dan memberi keistimewaan juga kepada kami,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori