Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perancang Utama Penipuan Pakej...

KUANTAN - Polis menahan perancang utama kes penipuan tawaran pakej umrah membabitkan 21...

Van Rempuh Rumah: Lima...

KUALA KRAI - Lima pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki terbabas ke...

Lelaki Korea Utara Yang...

KUALA LUMPUR - Suspek keempat yang ditangkap atas kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi...

Azmee Elias Yang Hilang...

JOHOR BAHRU - Kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias, yang hilang sejak...

Siti Noor Raih Gangsa, Cipta Rekod Baharu Sukan Para Asia

RIO DE JANEIRO – Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik Rio 2016 menerusi acara lompat jauh wanita T20 di sini hari ini.

Anak jati Segamat, Johor itu berjaya melakukan lompatan sejauh 5.20 meter dalam percubaan ketiga, sekali gus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10 meter yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Pingat emas dan perak acara untuk kategori masalah pembelajaran tersebut masing-masing diraih oleh Mikela Ristoski dari Croatia dengan lompatan 5.67 meter dan Karolina Kucharczyk (5.55 meter) dari Poland.

Siti Noor Raih Gangsa, Cipta Rekod Baharu Sukan Para Asia

Sementara itu, seorang lagi atlet Malaysia, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dengan mencatatkan jarak 4.91 meter dalam acara tersebut yang berlangsung di Stadium Olimpik Rio.


Dengan kejayaan Siti Noor Radiah, yang berusia 23 tahun; kontinjen paralimpik negara kini berjaya memungut sebanyak tiga pingat emas yang diraih pada 1o September lalu dan satu gangsa untuk berada di tempat ke-31.

Kontinjen Malaysia disertai seramai 19 atlet dan bertanding dalam lapan jenis sukan. Temasya Paralimpik Musim Panas edisi ke-15 itu berlangsung dari 7 September lalu dan akan berakhir pada Ahad ini. – Bernama/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori