Siti Kasim Disiasat Polis

POLIS sedang melengkapkan kertas siasatan kenyataan peguam Siti Kasim yang dikatakan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Siti Kasim sudah tampil untuk memberi keterangannya, minggu lalu.

“Kertas siasatan sedang dijalankan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik ia dilengkapkan.

“Siasatan sudah dimulakan pada 27 Mei lalu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Setakat ini, sebanyak 113 laporan polis sudah diterima berkaitan kenyataan Siti Kasim bertajuk ‘Pis Way Of Dealing With A Problem’. – myMetro Online

Loading...