Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Usah Terpengaruh Khabar Angin...

MELAKA - Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh atau percaya tentang sebarang khabar...

Pengerusi Felda Letak Jawatan

KUALA LUMPUR - Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor mengumumkan peletakan jawatan...

Suruhanjaya Syarikat Malaysia Bantu...

ALOR SETAR - Lima keluarga daif di sini menerima bantuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia...

Rakyat NZ Mahu Keluarga...

SEBUAH keluarga dari Britain yang sedang melancong di New Zealand menerima kecaman teruk...

Bekas Permaisuri Fail Petisyen Terhadap Uncle Seekers

KUALA LUMPUR – Bekas Raja Permaisuri Agong Siti Aishah Abdul Rahman memfailkan petisyen pemiutang terhadap penerbit Syed Hussein Alwee kerana gagal membayar wang berjumlah RM2,005,383.55 kepadanya seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Temerloh.

Wang itu merupakan bayaran ganti rugi yang perlu dibayar oleh Syed Hussein kepada Siti Aishah kerana melanggar maklumat sulit beliau (Siti Aishah) dalam satu kes saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

Mahkamah Tinggi Temerloh memerintahkan Syed Hussein membayar jumlah ganti rugi am dan teladan yang dituntut Siti Aishah sebanyak RM1.5 juta itu pada 23 Oktober 2013.

Dalam notis kebankrapan yang dikemukakan Siti Aishah, wang yang perlu dibayar itu merangkumi ganti rugi am dan teladan berjumlah RM1.5 juta, faedah terhadap jumlah itu pada kadar lapan peratus setahun sebanyak RM500,383.56 dan kos sebanyak RM5,000 yang kesemuanya berjumlah RM2,005,383.55.

Siti Aishah, 45, memfailkan petisyen pemiutang itu pada 25 Ogos lepas melalui peguam T.Gunaseelan di Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam petisyen itu, Siti Aishah memohon supaya satu perintah penerimaan dan penghukuman dibuat berhubung dengan wang yang kena bayar atas penghakiman terhadap penghutang penghakiman iaitu Syed Hussein.


Petisyen pemiutang itu menyatakan bahawa Syed Hussein telah gagal mematuhi arahan-arahan di dalam notis kebankrapan bertarikh 29 Januari 2016 yang menghendakinya membayar hutang berjumlah RM2,005,383.55 kepada Siti Aishah dalam masa tujuh hari selepas notis itu disampaikan kepadanya pada 12 April 2016.

Gunaseelan, yang ditemui pemberita selepas kes itu disebut di hadapan Timbalan Pendaftar Tania Arissa Andi Sanrang, berkata mahkamah menetapkan 20 Disember ini untuk pendengaran petisyen pemiutang itu.

Syed Hussein tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori