Sistem Berusia 21 tahun Punca KLIA Alami Gangguan Operasi

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook memberitahu Dewan Rakyat, gangguan sistem di KLIA pada Ogos yang menyebabkan kesesakan dan kelewatan penerbangan disebabkan kerosakan sistem Switch Network Core (CNS) yang berusia 21 tahun.

Beliau berkata siasatan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut mendapati sistem itu digunakan sejak KLIA mula beroperasi pada 1998.

“Ia tidak pernah diubah. Suis teras yang menghubungkan seluruh sistem rangkaian di KLIA.”

Beliau menjawab soalan Latiff Ahmad (PH-Mersing), yang bertanya sama ada gangguan itu disebabkan sabotaj.

Loke berkata kegagalan CNS melumpuhkan Total Airport Management System yang menjejaskan beberapa sistem lain termasuk paparan maklumat penerbangan, pengendalian bagasi dan imigresen.

Ini seterusnya menyebabkan kelewatan penerbangan, pembatalan dan penangguhan bagasi.

Loke berkata siasatan mendapati tiada bukti serangan siber.

“Polis juga menyiasat sama ada ada unsur sabotaj,” katanya.

Loading...