Sisa Toksik: Hospital Nafi Isytihar ‘Red Alert’

JOHOR BAHRU – Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran ‘red alert’ yang tular di laman Facebook semalam dan dikatakan dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital berikutan kes pencemaran kimia di Pasir Gudang adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan ringkas mengenai perkara itu berkata, “Tidak betul.”

Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran ‘red alert’ kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang. Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.

Kenyataan berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya memakai topeng penutup mulut.

Khamis lepas, pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan mengakibatkan 3 insiden di 4 sekolah di Pasir Gudang, dengan satu terbaru hari ini, dipercayai kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.

Terbaru, laporan menyebut Sahruddin sebagai berkata, setakat ini 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup mulai hari ini sehingga tarikh ditetapkan kemudian.

Loading...