Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Singapura Haram Filem Palestin...

KONFLIK Israel-Palestin akibat pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai...

69,675 Menanti Pengesahan Ujian...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 69,675 kes lagi sedang menanti keputusan ujian...

Suspek Dikehendaki Kes Tipu...

KUCHING - Suspek yang paling dikehendaki berkaitan kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 rakyat...

WhatGapo: Aplikasi Pesanan Mesej...

HAAA...jangan ingat aplikasi WhatsApp atau WeChat saja yang popular sekarang.Aplikasi pesanan mesej yang bercirikan...

Sisa Bahan Kimia Sungai Kim Kim Tak Dihapus Sepenuhnya

PUTRAJAYA – Kes terbaharu pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang dipercayai berlaku akibat sisa bahan kimia semasa kejadian di Sungai Kim Kim belum dihapuskan sepenuhnya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, bahan itu terbiar di Pasir Gudang sekali gus menyebabkan kemungkinan angin dan hujan menjadi punca sisa bahan kimia itu kembali merebak.

“Difahamkan, terdapat kontraktor telah diberikan tugas untuk membersih dan menghapuskan bahan yang telah kenal pasti semasa kes pencemaran di Sungai Kim Kim namun, ia masih belum dihapuskan 100 peratus.

“Kita perlu memastikan bahawa kerja-kerja untuk membersih dan menghapuskan bahan itu dijalankan secepat mungkin. Pada peringkat Jabatan Alam Sekitar, perkara ini juga telah dimaklumkan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita pada Majlis Jalinam Mesra Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di ibu pejabat JPBM di sini hari ini.

Semalam kerajaan negeri Johor mengarahkan 17 buah sekolah, 69 tadika serta sebuah institusi pengajian tinggi melibatkan 20,108 pelajar ditutup selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga.

Mengulas lanjut, menurut Zuraida, pihak JPBM dan kerajaan negeri Johor telah dimaklumkan mengenai pelupusan bahan kimia itu untuk memastikan bahan yang sepatutnya dilupuskan dengan baik.


Sementara itu, Ketua Pengarah JPBM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, hasil siasatan bomba mendapati kualiti udara di kawasan tersebut masih berada pada tahap rendah meskipun berada jauh dari Sungai Kim Kim.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk memaklumkan perkembagan terkini kes tersebut.

“Selain itu, bomba juga akan memberi bantuan kepada Kementerian Kesihatan untuk menbantu mangsa ke hospital dan kebanyakan daripada mereka kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Kategori