Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daftar Pemilih Tambahan Bulan...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei...

Penganggur Curi Kabel Telekom...

IPOH - Seorang penganggur ditahan polis kerana mencuri kabel Telekom Malaysia Bhd (TM)...

Kelindan Lori, Penganggur Didenda...

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan lori didenda RM5,300 atau lima bulan penjara oleh...

Kesilapan Buku Anggaran Perbelanjaan...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor kesal dengan kecuaian kerajaan negeri berkaitan...

Sipitang Berpotensi Jadi Satu Lagi Kawasan Perindustrian Di Sabah

SIPITANG – Sipitang tidak lama lagi akan mempunyai pelan rangka tindakan pembangunannya sendiri untuk memacu pembangunan sosio-ekonomi seiring dengan pelan perindustrian jangka panjang negeri ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yussof Yacob berkata Sipitang yang kini mempunyai kilang urea, akan menjadi lebih baik dengan usaha konsisten dan bersepadu bagi membangunkan daerah itu.

Beliau menegaskan bahawa Sipitang mempunyai potensi yang besar untuk menjadi satu lagi kawasan perindustrian di Sabah dengan penyediaan infrastruktur yang diperlukan.

“Kita perlu memastikan keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air yang mencukupi, keadaan jalan mestilah baik dan dinaik taraf, dan internet yang meliputi keseluruhan daerah,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan insentif kepada kakitangan Ritz Supplier yang berprestasi tinggi di sini hari ini.

Dr Yussof berkata daerah ini telah lama ketinggalan, dengan kadar pengangguran masih tinggi, oleh kerana itu perancangan ekonomi yang strategik diperlukan untuk membawa rakyat keluar dari kesulitan ekonomi.

“Ketika Sabah bergerak menuju era baharu dalam pentadbiran kerajaan sekarang, kami ingin memastikan rakyat di seluruh negeri termasuk di pedalaman menikmati keselesaan hidup, dengan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan bagi mereka, justeru, keperluan asas amat diperlukan , “katanya.

Beliau berkata Sipitang harus mempunyai jabatan dan agensi kerajaan, lebih banyak kilang, taman perumahan baharu dan loji air untuk menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat di daerah itu.

Dr Yussof berkata industri hiliran minyak dan gas tidak lama lagi akan beroperasi di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), yang kemudiannya akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta limpahan aktiviti perniagaan di daerah ini.

“Industri pemprosesan kayu balak dan buluh juga kian berkembang di daerah ini dengan para pelabur menunjukkan minat untuk membangunkan industri ini,” katanya.


Dr Yussof berkata dengan pembangunan masa depan yang cerah dalam sektor industri di Sipitang maka daerah ini memerlukan pelabuhan terbuka bagi menampung keperluan sektor industri dan permintaan barangan pengguna yang semakin meningkat.

“Buat masa sekarang Sipitang mempunyai dua pelabuhan iaitu satu untuk kegunaan industri hutan Sabah and satu lagi untuk kilang urea… untuk meningkatkan kedatangan pelawat dari negara jiran Brunei yang terletak berhampiran, kita harus memikirkan untuk membina sebuah jeti pendaratan,” katanya.

Dr Yussof berkata sebaik sahaja pelantikan anggota majlis daerah dan jawatan berkaitan dibuat, sebuah jawatankuasa pemikir pembangunan akan dibentuk bagi melihat pembangunan ekonomi Sipitang secara keseluruhan.

“Jawatankuasa ini akan ditugaskan mengenalpasti industri mapan yang berpotensi untuk menjana aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan disamping melihat kepada sektor pelancongan, pertanian dan penternakan di daerah ini,” katanya.

Dr Yussof berharap pelan tindakan itu akan menghasilkan pembangunan ekonomi yang mapan bagi Sipitang.

“Kita akan menggerakkan pelan pembangunan bermula tahun hadapan dan kita berharap akan dapat melihat perubahan ekonomi yang besar dalam tempoh pertama pemerintahan kerajaan pimpinan parti Warisan Sabah,” katanya. – BERNAMA

Kategori