Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedutaan Argentina Mohon Bantu...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Argentina di Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan...

Boleh Habis Makan, Restoran...

JIKA anda memang sedang dalam kesempitan wang dan dah tak makan sejak berminggu-minggu...

Ringgit Cecah Paras 3.96...

KUALA LUMPUR – Ringgit mencecah paras 3.96 berbanding dolar US pada tengah hari,...

Pelarian Rohingya Enggan Balik...

COX’S Bazar, Bangladesh – Pesuruhjaya mengenai pelarian di sini mendedahkan etnik Rohingya enggan...

Singapura Tutup Premis Warisan Melayu Terakhir

PUPUS… Usaha pemerintah Singapura hapus segala warisan Melayu semakin rancak dilakukan dan terbaharu, ia bertindak tutup sebuah restoran terkenal kaum minoriti itu tanpa sebarang sebab!

Restoran Mamanda terletak di 73, Sultan Gate, Kampong Gelam dilaporkan agensi berita tempatan MediaCorp akan ditutup menjelang April 2019 selepas tempoh sewanya ditamatkan oleh Yayasan Warisan Melayu (MHF) sendiri.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, jurucakap yayasan milik pemerintah republik tersebut berkata bahawa tempoh sewa premis berkenaan terpaksa ditamatkan konon atas “beberapa sebab yang dikesali”.

“Kami hargai usaha Mamanda melestarikan adat dan tradisi budaya Melayu, serta warisan masakan kita sepanjang enam tahun lalu. Namun atas beberapa sebab yang dikesali, kami memutuskan untuk tamatkan tempoh sewa.

“Kami tidak boleh dedah sebab tersebut kerana peguam kami sedang tanganinya ketika ini. Sungguhpun demikian, kami memuji usaha Mamanda dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Mamanda,” menurut kenyataan itu lagi.

MHF menyatakan pihaknya akan cari rakan kerja baharu. Kampong Gelam ialah salah sebuah daerah yang bentuk sebahagian daripada daerah peningkatan perniagaan (BID) dirintis Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Ironinya, notis tender bagi projek pembangunan tapak restoran tersebut sebenarnya sudah pun diterbitkan pada 14 Disember lalu manakala taklimat tender dan lawatan ke tapak berkenaan pula dijadualkan pada 10 Januari depan.

Baca: Singapura Hapus Sejarah Melayu Buka Pulau Itu

Juga: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Singapura

Pada 24 Disember lepas, Mamanda menyatakan berita mengenai tempoh sewa ditamatkan itu “dikeluarkan dalam masa singkat” dan “terkejut” setelah dapat tahu MHF sudah iklan tawaran tender secara terbuka bagi lokasi itu.

Walhal kawasan premis tersebut merupakan sebuah bangunan warisan. Pengasas dan Pengarah Urusan Mamanda, Zulkarnine Hafiz, berkata restoran itu tidak berdepan masalah bayaran sewa tertangguh ketika diberikan notis itu.


“Kami tidak pernah tidak bayar sewa. Kami tidak alami isu bayaran sewa tertunggak semasa terima surat guaman. Kami sudahpun membayar sewa sehingga Februari 2019. Bagaimanapun, MHF tetap menamatkan kontrak kami.”

Mengulas lebih lanjut, Zulkarnine semasa jawab pertanyaan MediaCorp namun berkata bahawa mungkin masalah komunikasi antara pihaknya denga MHF hanya timbul selepas perubahan kepada pihak pengurusan Mamanda.

Beliau turut mendedahkan bahawa restorannya “sentiasa menjangkaui Petanda Prestasi Utama (KPI) ditetapkan oleh MHF dan buat masa ini, mereka tidak pula mempunyai sebarang rancangan untuk berpindah ke lokasi lain.

Menurut laporan akhbar Berita Harian Singapura, empat pihak sudah menyuarakan minat bagi ambil alih lokasi tersebut iaitu The Landmark Group, Boon Lay Power Nasi Lemak, Islamic Restaurant dan Pondok Abang.

Sementara itu, Zulkarnine mengesahkan bahawa restoran tersebut sedang bantu para pelanggan yang sudah buat tempahan bagi majlis perkahwinan dan acara lain selepas tarikh 1 April 2019 untuk mencari lokasi lain yang sesuai.

Melayu merupakan etnik minoriti di Singapura dan sering ditindas pihak pemerintah dalam perbagai cara termasuk dihapus segala kisah kehebatan kaum itu pernah buka pulau tersebut pada abad ke-14. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori