Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Malakoff Beli Kepentingan Khazanah...

KUALA LUMPUR - Malakoff Corp. Bhd. (Malakoff) mengambilalih 40 peratus kepentingan Khazanah Nasional...

16 Lelaki Ceroboh DUN...

GEORGE TOWN - Lima belas lelaki masing- masing didenda RM1,500 setiap seorang atau...

Wujudkan Kawalan, Etika Dalam...

SEREMBAN: PAS tidak menghalang orang bukan Islam untuk membeli dan menjual minuman keras, malah PAS memahami hak mereka dalam isu arak.

Salah Faham, Tak Mahir...

KUANTAN - Salah faham dan tidak mahir prosedur dan undang-undang menjadi punca kepada...

Singapura Lancar Skim Lahir Ramai Penjaja Nasi Lemak

SINGAPURA – Ketika seorang tokoh pembangkang terkenal negara jirannya, Malaysia tergamak hina graduan yang sanggup bekerja halal sebagai penjaja nasi lemak, lain keadannya di Singapura.

Media tempatan melaporkan warga Singapura yang berminat menjadi penjaja makanan kini boleh raih pengalaman berniaga di medan selera sebelum mempunyai gerai sendiri melalui program gerai percubaan atau incubation stall.

Inisiatif khas tersebut dilancarkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada hari ini dalam usaha melahirkan ramai penjaja tempatan sekali gus menjadikan Singapura sebagai syurga makanan popular seperti nasi lemak.

“Gerai-gerai tersebut bakal dipasang dengan perkakas asas seperti peti sejuk dan singki, bagi mengurangkan kos permulaan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan,” jelas agensi milik pemerintah republik berkenaan.

Para pemohon yang berjaya akan ditawarkan lot gerai tersebut malahan dengan menikmati potongan kadar harga sewa sebanyak 50 peratus daripada nilai pasaran semasa untuk tempoh percubaan selama enam bulan.

Buat masa ini, tempoh sewa enam bulan itu tidak boleh diperbaharui. Ini bermakna penjaja terbabit harus melalui prosedur biasa dengan menghantar tender jika mereka ingin mempunyai gerai tetap bagi menjalankan perniagaan.

Menjawab pertanyaan sama ada penjaja berkenaan boleh terus mengendalikan gerai tersebut selepas tamat tempoh enam bulan, NEA menyatakan ia akan menilai setiap permohonan dengan menilai berdasarkan dari kes ke kes.

Gerai-gerai di bawah skim inkubator khas terbabit hanya ditawarkan kepada para pemohon yang tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan atau mengendalikan sesebuah gerai atau kedai makanan di mana-mana tempat.

Mereka juga dikehendaki mengikuti kursus asas pengendalian bisnes gerai penjaja yang dijalankan oleh Institut Pendidikan Teknikal (ITE) atau kursus serupa di bawah Pensijilan Kemahiran Tenaga Kerja Singapura (WSQ).


Peluang ini turut dibuka kepada graduan kursus pengurusan perniagaan yang ditawarkan di institusi pasca sekolah menengah tempatan. Program anjuran pemerintah tersebut sejajar dengan saranan Jawatankuasa Pusat Penjaja 3.0.

Ini bagi memastikan perniagaan yang mampan dan menyokong mereka yang berminat dalam industri ini. Ketika ini, hanya tiga daripada 13 gerai yang dtawarkan di pelbagai pusat penjaja sudah diambil oleh peniaga, menurut NEA.

Berucap pada majlis pelancaran program itu, Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air, Dr. Amy Khor berkata skim tersebut menyediakan laluan bagi mereka yang berminat menjadi penjaja untuk menyertai industri ini.

“Penjaja kecil merupakan sebahagian penting kepada imej landskap makanan dan minuman Singapura sejak dahulu lagi dan kita harus mencari pelbagai cara bagi memastikan kemampanan industri ini,” tegas beliau lagi.

Para peserta berpeluang untuk belajar mengenai perniagaan dan menimba pengalaman menjadi penjaja sekali gus membantu mereka merancang kerjaya untuk meneruskan minat pada masa depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah kisah gerai nasi lemak terkenal Singapura…

Kategori