Singapura Catat 690 Kes Baharu COVID-19

SINGAPURA – Singapura hari ini mengesahkan tambahan 690 kes baharu jangkitan COVID-19, termasuk enam membabitkan kes dalam komuniti, manakala jumlah terbesar dari penghuni asrama pekerja.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan memaklumkan, ia masih mengkaji butiran berkenaan dan sebarang maklumat terkini akan diumum kemudian.

Angka terbaru itu menjadikan jumlah bagi republik ini 15,641 kes.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam, MOH menyatakan jumlah kes baharu dalam komuniti telah berkurangan daripada purata 28 kes sehari pada minggu sebelumnya kepada purata 17 kes sehari pada minggu lalu.

MOH memaklumkan bahawa daripada 528 kes baharu semalam, 83 peratus dikaitkan dengan kluster yang diketahui, manakala yang lain masih menunggu hasil pengesanan kontak.

Pada minggu lalu (21-27 April), kementerian memaklumkan ia telah menemui hubung kait bagi 1,203 kes yang tidak dikait sebelum ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Kementerian juga menyatakan jumlah kes tidak dikait dalam komuniti juga berkurangan daripada purata 18 kes sehari pada minggu sebelum ini kepada purata 10 kes sehari pada minggu lalu.

Dari jumlah semalam iaitu 14,951 kes, Singapura mengklasifikasi 1,181 sebagai kes komuniti, 571 kes import dan 505 kes membabitkan pemegang permit kerja yang tidak menghuni asrama.

Sementara itu, penghuni asrama membentuk kira-kira 85 peratus atau 12,694 kes.

Menurut kenyataan itu, kebanyakan kes di asrama mempunyai simptom sakit ringan dan tidak seorang pun diletakkan dalam unit rawatan rapi.

Singapura mengenalpasti empat lagi kluster baharu semalam, iaitu 33, Sungei Kadut Loop; 23H, Sungei Kadut Street; 10, Tagore Drive; dan 51H, Tuas South Ave 1.

Kluster terbesar di republik itu ialah S11 Dormitory @ Punggol yang setakat ini mencatatkan 2,302 kes yang disahkan.

Setakat ini, 1,128 pesakit telah pulih sepenuhnya, manakala 21 dalam keadaan kritikal dengan menerima rawatan di unit rawatan rapi dan 14 meninggal dunia.

Loading...