Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Baru Beli Sejam...

SIAPA yang tidak bangga jika mampu membeli sebuah kereta mewah? Pastinya kegembiraan dan kebanggaan...

Tak Berniat Guris Hati...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berniat mengguris perasaan atau...

Polis Tahan 17 Individu...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 17 individu dalam beberapa serbuan berasingan di premis...

Nazrey Raihan Nafi Hidup...

SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid Raihan? Walaupun kelihatan sepi dalam industri...

Sindir BMF, Harith Iskander Kena Kecam

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Harith Iskander Musa dihimpit kontrovesi berhubung status berbaur sindiran dalam ciapan (tweet) ditulisnya semalam berkaitan kempen Utamakan Produk Muslim atau ‘Buy Muslims First’ (BMF).

Ciapan itu mengundang kecaman di kalangan netizen kepada Harith kerana dia  seolah-olah mempersoalkan kempen tersebut.

“Why stop at ‘Buy Muslims Products Only’. How about ‘Support Muslim Athletes Only’. Stop watching badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG – in fact stop watching All sports,” katanya.

Rata-rata yang menulis komen pula menyifatkan tindakan Harith kurang bijak dan ia bukan perkara kelakar.

Harith yang dihubungi ramai media bagaimanapun enggan memberi komen.


Harith sudah menceburi karier seni lebih dua dekad dan cukup dikenali dalam bidang komedi sebagai pelawak solo.

Sepanjang pembabitannya, Harith juga pernah muncul juara pertandingan Funniest Person In The World pada Disember 2016 dan memenangi Anugerah Komedian Terbaik di Asia 2014 oleh Top 10 Majalah Asia.

Awal Mac lalu, dia berdepan saman berjumlah RM40 juta (AS$10 juta) daripada pihak Laugh Factory di Amerika Syarikat sebagai saman balas selepas pelawak itu memfailkan saman terhadap Laugh Factory atas dakwaan gagal melunaskan baki wang kemenangan berjumlah AS$70,000 (RM280,000) daripada AS$100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan Funniest Person In The World. – MalaysiaGazette

Kategori