Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar Kemeriahan Majlis Akikah...

RUMAH tangga pasangan selebriti popular, Akim Ahmad dan Stacy Anam semakin bertambah meriah...

Dek Satu Foto, El...

SATU demi satu kontroversi melanda pelakon kecil molek Elfira Loy. Bermula dengan isu...

Usah Jadikan LHDNM `Kambing...

Objektif penubuhan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah untuk melaksanakan sistem percukaian...

30 Anggota PPBM Di...

DUNGUN - Sebanyak 30 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Bandar Al...

Sindiket Tawar Pakej Vaksin Covid-19 RM400, RM800 Dibongkar

KUALA LUMPUR – RM400 bagi warga tempatan manakala RM800 untuk warga asing.

Itu tawaran pakej vaksin Covid-19 ditawarkan sindiket penipuan kepada orang ramai yang dipromosikan secara dalam talian dan panggilan telefon.

Helah itu bagaimanapun terbongkar selepas pihak polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dalam serbuan di Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan yang mendakwa menerima maklumat daripada rakannya berkaitan tawaran pakej vaksin Covid-19 pada harga RM400 dan RM800.

“Hasil maklumat diperolehi, kami menahan kedua-dua suspek berkenaan di Selangor dan mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati suspek membuat penawaran pakej vaksin berkenaan melalui Facebook dan panggilan telefon,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, pelanggan yang berminat akan didaftarkan ke dalam Program Vaksinansi Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah.

Katanya, mana-mana pembeli yang berminat untuk mendaftar melalui mereka akan diletakkan dalam senarai menunggu.


“Pembayaran hanya perlu dibuat oleh pembeli selepas nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin dalam aplikasi berkenaan.

“Suspek mendakwa kira-kira 30 sudah dihubungi berkenaan pakej vaksinasi terbabit dan 10 peratus sudah menyatakan minat untuk membeli pakej ditawarkan.

“Semakan lanjut mendapati sehingga kini pendaftaran SCVP hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka individu persendirian,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinansi yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membendung kegiatan penipuan berkaitan vaksin Covid-19.

“Kealpaan kita dalam program dan inisiatif yang sedang dilaksanakan ini boleh dimanipulasi oleh sindiket penipuan yang menangguk di air yang keruh bagi menjana keuntungan mudah.

“Kami juga menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penipuan penjualan vaksin Covid-19 kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Kategori