Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Haramkan ‘Godus’ Permainan Video...

Kini, para peminat permainan komputer boleh bermain sejenis permainan yang memungkinkan anda unutk...

Penggawa Mukim Yala Ditembak...

YALA - Dua penyerang bersenjata menembak mati seorang penggawa ketika beliau pulang dari...

Didera Ibu Sendiri, Anak...

BULAN April lalu, seorang ibu yang tidak berperikemanusiaan telah ditahan oleh pihak polis...

Bomba Selesai Bina 20...

ALOR GAJAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah selesai membina 20...

Simpan Gambar Bogel Isteri Rakan, Lelaki Mati Dibelasah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dibelasah kerana didakwa memiliki serta menyimpan gambar bogel isteri rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 27 tahun itu sebelum ini telah mengugut wanita tersebut untuk mengikuti kehendaknya sekiranya tidak mahu gambar disebarkan.

Menurutnya, mangsa yang juga rakan kepada suami wanita terbabit dikatakan mengambil gambar bogel ketika wanita itu sedang mandi.

“Sebelum kejadian, mangsa telah datang ke tempat rumah pasangan suami isteri itu apabila dipanggil oleh isteri suspek untuk mendapatkan maklumat berkenaan gambar bogel tersebut.

“Bagaimanapun, apabila tiba, mangsa disyaki telah dipukul dengan menggunakan rotan oleh empat suspek terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita,” katanya di sini hari ini.

Ujar Fadzil, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan anaknya dipukul oleh beberapa individu hingga tidak sedarkan diri.


“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia.

“Polis kemudian bertindak menahan empat suspek berusia lingkungan 26 hingga 36 tahun termasuk pasangan suami isteri tersebut pada hari kejadian. Kesemua mereka ditahan reman tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori