Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anugerah Khas Maal Hijrah...

SERDANG - Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Anugerah Khas...

Kadar Rt COVID-19 Menghampiri...

KUALA LUMPUR - Senario penularan COVID-19 di Malaysia berisiko terus memburuk apabila kadar...

Felda Tanggung 30 Peratus...

KUALA LUMPUR - Felda akan menanggung 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pembayaran balik...

Mohd Poad Masuk Wad,...

JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih olahraga negara Zainal Abas mengakui emosi atlet-atlet pecut...

Siling Ruang Pameran Runtuh Di Planetarium Melaka

MELAKA – Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Ayer Keroh di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Planetarium Melaka Sdn Bhd, Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 tengah hari itu, pusat pelancongan berasaskan pendidikan itu dibuka kepada orang awam namun tiada pengunjung ketika insiden berlaku.

Juga tiada pekerja premis itu yang terlibat.

Beliau berkata sejurus insiden tersebut berlaku, premis yang dirasmikan pada 2009 itu ditutup serta-merta sebagai langkah keselamatan awal kepada pengunjung dan pekerja.

“Saya telah membuat laporan polis dan bomba. Anggota bomba pun telah hadir ke lokasi untuk melihat tempat kejadian dan kita bersetuju bangunan Planetarium Melaka ini ditutup sementara sehingga siasatan pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai.

“Siasatan lanjut telah diserahkan kepada pihak bomba dan JKR.

Kenyataan seterusnya hanya akan dikeluarkan selepas siasatan selesai, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hamdan Sudin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.41 petang bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila dinding pada bahagian kubah premis itu runtuh dan menghempap bumbung serta siling.

“Akibat runtuhan itu, bahagian belakang ruang pameran mengalami kerosakan teruk apabila terkena struktur yang runtuh namun tujuh pekerja yang berada di dalam premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori