Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“I Tak Pakai Baju...

SEJAK zaman moden ini, rasanya kes rogol kian menjadi-jadi. Bapa rogol anaklah, abang...

Operasi Kesan Remaja Lemas...

KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menjejaki seorang pelajar yang dilaporkan hilang di...

Wanita Pengarah Syarikat Rugi...

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat...

Ubah Suai Kuasa Veto...

NEW YORK - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sudah tiba...

Silap Letak Nama, Remy Ishak Kena ‘Serang’ Peminat

PELAKON, Remy Ishak ‘diserang’ peminat selepas memuat naik sebuah entri di Instagram yang menyaksikan dia tersilap meletakkan nama pada kapsyen sebuah gambar.

Menerusi entri berkenaan, pelakon berbadan sasa itu yang bergambar bersama aktres, Farah Nabila namun didapati tersilap meletakkan nama penyanyi, Nabila Razali yang juga merupakan pelantun lagu berjudul Pematah Hati.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian daripada netizen yang cukup terhibur dengan tindakan Remy itu dan ia dianggap lucu kerana aktor berkenaan tidak mengenali artis dalam foto tersebut.

Malah memetik mStar Online, Remy dikatakan membetulkan kapsyen tersebut selepas menerima kira-kira 600 komen daripada netizen.

Pada masa sama, Remy juga sempat memohon maaf kepada kedua-dua selebriti berkenaan selain turut memberitahu dia terlalu mengantuk sehingga tidak fokus ketika mengenal pasti pelakon tersebut.


“Nabila Razali, Farah Nabila, saya kurang tidur hari ini. Maafkan saya,” ujarnya menerusi ruangan komen entri tersebut.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat lebih daripada 40,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian khususnya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC

Kategori