Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Media Tertipu, Sidang Media...

HAMPIR 50 petugas media yang sejak pagi tadi berhimpun di ibu pejabat Parti Islam...

Yusri Mahu Pemain Kelantan...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah mahu pemainnya terus memberikan...

TNB Saran Pengguna Semak...

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai terutama yang pernah...

Bapa & Anak Jalin...

SEORANG bapa yang mengejutkan ramai kerana jalin hubungan sumbang mahram dengan anak perempuannya...

‘Sihir Pemisah’ Punca Fatin, Adam Bercerai?

SEBELUM ini ada dakwaan yang menyatakan pasangan Fatin Afeefa dan Adam Shahz bercerai disebabkan ada pihak yang menjadi penghasut sehinggakan Fatin memfailkan penceraian pada Mei lalu.

Kini, muncul pula desas desus yang menyatakan pasangan ini berpisah akibat ‘sihir pemisah’ yang dikirimkan oleh seseorang yang rapat dengan mereka.

Namun, pasangan ini tidak menolak dakwaan tersebut kerana kedua-duanya kini sedang menjalani rawatan menggunakan perubatan Islam.

“Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 pula mesti saya tak boleh bangun.

“Malah apabila ke hospital doktor pun tak boleh kesan penyakit saya kerana tidak tahu apa puncanya.

“Buat masa sekarang, saya dalam proses berubat dan berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali,” kata Fatin dipetik laporan mStar Online.

Khabarnya, ustaz yang merawatnya juga mengesahkan ada individu yang menghantar sihir pemisah dalam perhubungannya dengan Adam sekali gus mengganggu kesihatan wanita 23 tahun ini. Malah, berat badannya juga mengalami kesusutan sejak beberapa bulan lalu.

“Ramai orang yang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara.

“Sebelum ini berat dalam lingkungan 45 hingga 46 kilogram. Namun, sekarang berat saya dalam 39 kilogram sahaja,” tambahnya.


Ahad lalu, Adam ada memuat naik satu posting mengenai dirinya yang disihir oleh individu yang rapat dengannya di laman Instagram, namun, posting tersebut telah dipadam.

Bukan hanya penyanyi lagu Tentang Bulan ini sahaja yang mengalami gangguan kesihatan, bekas suaminya turut mengalami sakit badan. Tapi syukur, kini pelakon Tentang Bulan itu semakin pulih.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik dan boleh bekerja seperti biasa. Apabila sudah sihat nak jaga anak-anak pun senang,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia,2.

Namun, mereka bercerai dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori