Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Siapa Arah Polis...

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menjalankan siasatan dan tidak bertindak di atas arahan mana-mana...

Jemaah Pakej Harus Buat...

MAKKAH - Jemaah haji yang menunaikan ibadat haji melalui pakej-pakej oleh agensi yang...

UMNO Sabah Sah Letak...

KOTA KINABALU - UMNO Sabah semalam mengesahkan akan meletakkan calon dalam pilihan raya...

Buta Huruf, Tapi Jual...

LELAKI ini tidak tahu membaca, menulis atau menggunakan telefon bimbit namun bagi Mat...

Sidang Parlimen Bagai Melepaskan ‘Batok Di Tangga’

PETALING JAYA – Tempoh sidang Parlimen yang singkat disifatkan bagai ‘melepaskan batok di tangga’.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan, tujuan sidang Parlimen pada 26 Julai ini juga untuk mendengar dan memulihkan masalah rakyat, bukannya pentas mendengar kuliah menteri.

Katanya, tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat dikesali dan disifatkan seolah-olah sidang yang akan diadakan nanti hanya untuk memberi penerangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN), proklamasi serta Ordinan Darurat yang hanya akan dibentang serta tidak dibahas ataupun diputuskan.

“Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat di samping mencari penyelesaian kepada krisis negara.

“Prinsip akauntabiliti dan ketulusan perlu ditegakkan dengan peranan semak dan imbang yang melibatkan semua ahli Parlimen, dan Parlimen bukannya pentas untuk hanya mendengar kuliah menteri tanpa diberi ruang membahas,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengulas tempoh sidang Parlimen yang dipendekkan menjadi lima hari.


Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula akan berlangsung tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos depan.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, kerajaan perlu menjemput pihak pembangkang untuk bersama-sama merangka serta mengatur perjalanan sidang khas Parlimen, yang mesti mengusahakan penyelesaian agar rakyat Malaysia dapat keluar daripada krisis Covid-19 dan ekonomi.

“Janganlah sehingga pihak pembangkang terpaksa mendesak sidang Parlimen khas yang adil. “Kita mesti bersama memerangi Covid-19 untuk menyelamatkan negara, dan bukannya berpolitik untuk melindungi jawatan dan kedudukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori