Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPKT Bakal Bina 6,000...

TANJONG KARANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina...

Goh-Shevon Teruskan Cabaran Malaysia...

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menjadi wakil...

Thaipusam Tetap Diteruskan Meskipun...

TETAP DITERUSKAN... Kuil Batu Caves tidak akan ditutup kepada penganut Hindu menunaikan nazar...

Gandingan Mun Yee-Nur Dhabitah...

JAKARTA - Gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat gangsa...

Sibuk Bisnes, Nora Makin Rindu Dunia Lakonan

JIWA seni masih tebal dalam diri pelakon cantik manis Nora Danish, tetapi disebabkan beberapa perkara, dia terpaksa lupa hasrat untuk menghilangkan kerinduan beraksi di hadapan kamera.

BACA: Suami Bakar Semangat Nora Giat Berbisnes

JUGA: Nora Danish Kini Tauke Salon Kecantikan

Semakin hari, Nora semakin sibuk dengan urusan rumah tangga serta bisnes salon kecantikannya, Karva yang bertempat di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, aktor yang dikenali menerusi drama bersiri Putri itu mengakui bahawa dunia seni merupakan kepentingan paling utama baginya selama ini walaupun semakin sibuk mengendalikan perniagaan.

“Bagi Nora, dunia seni itu sama penting. Sebagai selebriti saya perlu populariti untuk kekal dalam bisnes diceburi lagipun berlakon adalah minat saya, jadi belum masa untuk tinggalkannya,” katanya dipetik portal Astro Gempak.

Kali terakhir ibu kepada dua orang cahaya mata itu mucnul di layar perak ialah menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2 , Makrifat Cinta dan Bukan Cinta Malaikat.

Malah, dia juga sudah lama tidak berlakon dalam mana-mana drama televisyen tempatan.

“Sudah lama saya tidak berlakon drama di TV sebab sebelum ini terbabit dengan filem di Indonesia dan sebagainya.

“Kali ini saya nak fokus pada drama TV khas buat peminat yang sentiasa menyokong saya di televisyen,” tanbahnya lagi.

Seperti pelakon yang lain, Nora pasti akan memilih sesuatu watak yang berkualiti dan akan memberi impak kepada penonton.


Kebanyakan drama ataupun filem lakonan Nora pasti akan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton disebabkan bakatnya yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

“Sebenarnya, berlakon TV dan filem memberi dua impak berbeza. Macam filem tidak semua orang menonton filem tapi di TV, kebanyakan orang menontonnya.

“Macam Nora walaupun banyak berlakon filem tapi peminat bertanya dah tak berlakon drama ke? Jadi, saya rasa perlu sekali sekala muncul di TV menunjukkan saya masih ada dalam industri ini.

“Dari segi watak dalam lakonan, untuk filem ia terlalu ‘limited’ untuk bakat tapi di TV agak lama, jadi boleh asah bakat lakonan kembali,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Nora telah berjaya membuka sebuah salon kecantikan di bawah namanya sendiri yang mana ia sebenarnya khas buat wanita di luar sana.

Dalam masa sama, Nora baru sahaja menimang cahaya mata pada pertengahan Februari lalu hasil perkahwinannya dengan pilihan hatinya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned. – MYNEWSHUB,CC/ AH

Kategori