Siasatan Diteruskan Walau ‘Posting’ Berita Palsu Dipadamkan

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap mana-mana individu yang memuat naik berita palsu diteruskan walaupun bahan berkenaan sudah dipadamkan daripada media sosial, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita dengar ada individu yang mengeluarkan berita palsu ini sudah memadamkan ‘posting’ di media sosial dan meminta maaf. Ini semua tidak terpakai kerana polis masih boleh memanggil individu itu untuk disoal siasat dan tindakan masih boleh diteruskan.

“Kita akan meneruskan tindakan kepada sesiapa saja yang mengeluarkan berita palsu sama ada di media sosial mahu pun portal media. Sekali lagi saya mohon jangan melakukan perkara yang menyusahkan diri sendiri,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata demikian pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka sebanyak 217 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu COVID-19.

Katanya, sebanyak 162 masih dalam siasatan, manakala 23 sudah dituduh di mahkamah dengan empat mengaku salah. – BH Online

Loading...