Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bas Ekspres Terbabas, 17...

KUALA LUMPUR - Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila...

Calon Pilihan Raya Umum...

SINGAPURA - Penamaan calon untuk pilihan raya umum Singapura dibuka pada hari ini...

PN Tawar Pelan Pembangunan...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh...

PAS Belum Bincang Terperinci...

ALOR SETAR - PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hanya mengadakan perbincangan...

Siasatan 1MDB Buat Ekuiti, Bon Negara Terjejas Teruk

MINGGU sukar buat indeks saham utama Malaysia kian buruk apabila pelabur kini semakin sedar akan ketidakmampuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membayar hutang mereka.

Bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH), isu ini dilihat merisaukan terutama sekali apabila mengambil kira pendapatan negara yang bakal terjejas dengan penurunan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Jun ini.

Terbaharu, firma penarafan antarabangsa, Moody’s Investors Service (Moody’s) berkata, kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Malaysia berkemungkinan menurun sebanyak 1.9% tahun ini.

Dalam pada itu, kemungkinan terjadinya penurunan sovereign credit rating (penarafan kredit berwibawa) juga besar meskipun ia tidak sepenuhnya diambil kira dalam ekuiti dan bon negara.

Kadar bon 10-tahun Ringgit Malaysia pada hasil 4.21% juga masih jauh di bawah kawasan 4.45% iaitu capaian puncak mereka pada tahun 2015 dan 2016, ketika hasil perbendaharaan lebih rendah.

Dua minggu lalu, MLIV menyifatkan aliran keluar pelabur asing pada masa lalu telah menandakan fasa penurunan harga bagi ekuti, namun gabungan toksik 1MDB dan EM mungkin lebih dominan dalam jangka masa pendek.


Kerajaan PH yang baru sahaja mentadbir negara selama beberapa minggu telah berupaya mengubah ramalan KDNK negara daripada 5.4% kepada pertumbuhan negatif 1.9% hanya dalam masa singkat.

Ini diburukkan lagi dengan bantuan Menteri Ekonomi, Lim Guan Eng yang dilihat masih lebih suka bermain politik dengan mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Edge

Kategori