Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DPPP Buat Laporan Terhadap...

BUTTERWORTH - Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPP) hari ini menggesa polis mengambil...

Gara Gara Punyai Nama...

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi diva Beyonce.. Kita tahu tidak mudah untuk menjadi seperti...

Gimik Jamal Bawa Hantu...

SHAH ALAM - Gempar habis Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini selepas...

Usah Jadikan LHDNM `Kambing...

Objektif penubuhan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah untuk melaksanakan sistem percukaian...

Siaran Radio FM Dimansuh, Bakal Diganti DAB

BAYANGKANLAH generasi yang lahir selepas tahun 2000 bukan sahaja tidak pernah mendengar siaran radio, malah lebih teruk ada tidak tahu bagaimana rupa bentuk set alat elektronik tersebut.

Inilah dilema yang dialami bukan sahaja di Malaysia, bahkan pemain industri penyiaran khasnya pemilik stesen radio di negara maju ketika dunia telekomunikasi global semakin canggih dengan segala produk gajet pintar.

Bukan itu sahaja, Hari Radio Sedunia 2017 anjuran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 13 Februari pun mungkin tidak ramai sedar di sebalik ia sudah memasuki tahun keenam.

Hakikatnya teknologi siaran radio kini semakin hebat, malah setanding dengan bidang televisyen selepas sejarah pemancaran stesen radio awam bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat (AS) secara serentak pada 1920 lalu.

Jangan terkejut, jika industri penyiaran televisyen sudah memasuki era digital menerusi definisi tinggi atau HD dengan kualiti visual terbaik menggantikan sistem analog definisi standard atau SD, radio juga tidak ketinggalan.

Bermula gelombang pendek (SW) sebelum beralih kepada gelombang sederhana atau Amplitude Modulation (AM) dan kemudian Frequency Modulation (FM), siaran radio turut ‘berhijrah’ lebih maju kepada zaman audio digital.

Siaran Radio FM Dimansuh, Bakal Diganti DAB

Dikenali sebagai Digital Audio Broadcasting (DAB), kualiti siarannya seumpama format televisyen HD dan paling unik, kawasan liputan lebih luas tanpa gangguan waima ketika cuaca buruk selain rendah kos operasi pemancaran.

Malaysia turut tidak terkecuali dan peralihan stesen radio tempatan kepada DAB sebenarnya sudah bermula selaras dengan transformasi bidang penyiaran negara serentak pelancaran era televisyen teresterial digital mulai tahun ini.

Ia sekali gus bakal menyaksikan semua siaran radio memansuhkan gelombang FM secara berperingkat dan juga perubahan nama rasmi stesen yang tiada lagi perkataan FM wujud pada tanda pengenalan operator masing-masing.

Untuk rekod, Jabatan Penyiaran Malaysia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) tanpa disedari telah pun melakukan siaran ujian DAB untuk sembilan stesennya sejak 2009 buat permulaan meliputi kawasan ibu negara.


Mulai 2013, RTM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia untuk memperluaskan lagi ke seluruh negara melalui projek khas bersama MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.

Siaran Radio FM Dimansuh, Bakal Diganti DAB

RTM setakat ini mengendalikan enam stesen radio kebangsaan iaitu Nasional FM, Radio Klasik, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM dan Asyik FM selain 25 stesen radio tempatan, sementara puluhan stesen lagi dimiliki pihak swasta.

Antaranya ASTRO dengan 11 stesen, Media Prima dan Star Radio pula masing-masing empat stesen, manakala ada juga diuruskan badan berkanun seperti Bernama Radio24, IKIM.fm, Best FM, 1M4U fm, Manis FM dan Cats FM.

Jika berjalan lancar, pendengar di Malaysia seperti mengulangi kembali era peralihan gelombang SW zaman awal Radio Malaya wujud pada 1946 kepada frekuensi AM pada 1960-an dan kemudian pengenalan FM pada 1975.

DAB yang bermula di Norway pada 1995 sebelum merebak ke 30 buah negara lain menggunakan Band III dalam spektrum VHF (Very High Frequency) iaitu dari 174 sehingga 240 Mega Hertz (MHz) atau disebut Eureka 147.

Ini berbeza dengan gelombang FM yang asalnya diperkenalkan di New York, AS sejak 1930-an kerana ia dipancar juga melalui VHF tetapi menggunakan Band II iaitu dari 87 sehingga 108 MHz. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori