Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] GPS Mendahului...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendahului 25...

Rabies: Permintaan Lesen Anjing...

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies...

Jenazah 3 Pelajar Malaysia...

SEPANG - Jenazah tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di...

Malaysia Sertai 16 Negara...

LONDON - Malaysia menyertai kumpulan 17 buah negara menolak usaha terbaharu Pertubuhan Bangsa...

Siapa Sebenarnya CEO SPV Jaga Aset Tabung Haji?

KUALA LUMPUR – Kedudukan sebenar ketua pegawai eksekutif (CEO) Syarikat tujuan khas (SPV) yang memegang sejumlah aset Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dijelaskan dengan segera oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Ini kerana tular di media sosial ketika ini mengaitkan nama Chen Yin Heng, CEO Prokhas Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) – atau MOF Inc.

Semalam di Dewan Rakyat kecoh mengenai CEO dan ahli lembaga pengarah Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) apabila ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim dan ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim – yang juga bekas pengerusi TH – mendesak Mujahid menamakan pemegang jawatan tersebut.

Mujahid tidak memberikan nama secara spesifik sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menggesa beliau memberikan jawapan bertulis terhadap soalan itu.

Hal ini turut dibangkitkan ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ahmad Amzad mendakwa Mujahid telah gagal dan berdolak-dalih di Dewan Rakyat semalam ketika isu ini dibangkitkan.

“Walau bagaimanapun tahniahlah beliau berani memberi maklumat tersebut di luar dewan kepada wartawan yang antara lain memaklumkan SPV Urusharta Jemaah berkenaan belum ada CEO dan pengurusan.

“Maka sementara itu aset ini diuruskan oleh satu lagi anak syarikat milik Menteri Kewangan (DiPerbadankan), Prokhas Sdn. Bhd.


“Setakat maklumat dari link Prokhas Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Prokhas Sdn. Bhd. adalah Mr. Chen Yin Heng,” katanya.

Mujahid di dalam jawapan bertulisnya memberitahu SPV yang memegang sejumlah aset Lembaga TH setakat ini masih belum mempunyai pengurusan dan CEO.

Beliau juga memaklumkan kesemua urusan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) pada masa ini dilaksanakan salah satu syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) iaitu Prokhas Sdn. Bhd.

“Prokhas Sdn. Bhd. adalah entiti milik kerajaan yang turut menguruskan SPV milik kerajaan lain seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) dan DanaInfra Nasional Berhad,” katanya.

Isu mengenai penjawat jawatan CEO SPV ini dianggap sensitif bagi masyarakat Islam sekiranya ia disandang oleh orang yang bukan beragama Islam. – Agenda News

Kategori