Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Suami Isteri:...

Ipoh : Polis sedang memburu adik kepada lelaki yang ditemui maut bersama isteri...

Tetamu Beranak Di Resepsi,...

BANGKOK - Sepasang pengantin di daerah Sikhiu, Nakhon Ratchasima, di sini, telah menerima 'hadiah'...

Piala Malaysia Penting Buat...

JOHOR BAHRU - Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses...

Kerusi Urut, Hantaran Jalaluddin...

SEBUT je pasal kahwin, haaa... mesti macam-macam nak kena prepare termasuklah barang hantaran...

Siapa Penembak Lebih Hebat, KJ Atau TMJ?

SEPERTI yang semua sedia maklum, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah ditauliahkan sebagai Brigadier Jeneral dalam Rejimen 503 Askar Wataniah.

Ahli Parlimen Rembau yang berusia 41 tahun itu dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigadier Jeneral  dan ia mula berkuat kuasa pada 14 Januari 2015.

Pelantikan itu sekali gus menjadikan Khairy menteri pertama berpangkat Brigedier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah dan kekal menjadi Komender Rejimen yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan.

Sejak ditauliahkan, Khairy sering berkongsikan pengalamannya mengikuti latihan seperti berkawad, menembak dan merempuh halangan di beberapa kem di Negeri Sembilan dan Johor.

Malah Ketua Pemuda Umno itu turut berkesempatan memuat naik satu rakaman beliau sedang melakukan aksi ‘tembak tepat’ ketika menjalani sesi latihan di Lapang Sasar Sungai Menyala.

Netizen khususnya di laman sosial ternyata begitu mengagumi kebolehan anak kelahiran Kuwait itu yang mampu mengendalikan raifal M4 secara baik dengan jarak ratusan meter.

Bagaimanapun, kehebatan aksi tembak tepat yang dipaparkan Khairy ternyata mula ‘dicabar’ oleh seseorang yang juga memiliki pangkat Brigedier Jeneral, siapa lagi kalau bukan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers mula melancarkan ‘perang dingin’ memaparkan bagaimana latihan ketenteraan yang dilaluinya setiap minggu bersama angkatan tentera Johor di Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor.


Menariknya dalam video berkanaan TMJ ada mengatakan; So di sini tiada orang yang pakai pangkat free, yang mana ianya mungkin secara sinis merujuk kepada Khairy.

Di penghujung rakaman, TMJ turut melakukan demonstrasi tembak tepat menggunakan senapang HK MP7 dari jarak dekat dan dapat dilihat, skill tembakannya boleh dikatakan lebih pantas daripada Khairy.

‘Persengketaan’ antara kedua-duanya bermula apabila TMJ pada minggu lalu mempersoalkan pemilihan skuad polo negara yang terdiri daripada seorang ahli politik yang mana menurutnya ‘tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo’.

Walaupun TMJ tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, Khairy merupakan antara yang terpilih mewakili negara dalam skuad polo pada Sukan SEA yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tahun ini.

Tidak setakat itu, TMJ turut mencabar skuad polo Sukan SEA negara yang diuruskan Datuk Mohamed Zekri Ibrahim bagi menentang pasukan Kelab Polo Diraja Johor yang terdiri daripada adiknya Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, dua pemain dan beliau sendiri.

“Bukankah saya pernah mengalahkan pasukan yang Datuk wakili dulu sebanyak 10-0 dan 11-0 semasa satu pertandingan polo di Pekan, Pahang?

“Macam mana anda boleh mewakili negara? Saya ingat hanya seorang sahaja yang melobi mewakili negara, rupa-rupanya ramai lagi yang melobi untuk mewakili negara ke Sukan SEA.,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori