Siapa Luluskan Abu Chin Peng Dibawa Pulang? – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan siapakah individu dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Bekas perdana menteri itu bertanya, kenapa kerajaan PH terdesak sangat untuk membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang secara senyap-senyap.

“Siapakah dalam kerajaan PH yang meluluskan?

“Adakah langkah ini boleh memulihkan ekonomi negara yang semakin merosot?” sindirnya.

Tegas beliau, keputusan kerajaan Barisan Nasional dahulu tidak membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa balik tentu ada sebabnya.

Jelasnya, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya selalu menjaga keamanan dan keharmonian negara.

“Kita tahu ramai Rakyat Malaysia yang sangat ambil berat serta marah dengan isu ini. Sebab itu, kita tidak membenarkan pada masa itu.

“Memandangkan sentimen perkauman pasca PRU14 sudah tinggi, kenapa kerajaan PH masih tegas untuk membakar lagi keadaan dengan mengambil langkah-langkah yang kontroversial?” soalnya lagi. – MalaysiaGazette