Siapa Lebih Berkuasa, Kementerian Pelajaran Atau PIBG?

KUALA LUMPUR – “Siapa lebih berkuasa? Kementerian Pelajaran atau PIBG?”.

Soalan itu dibangkitkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam ciapan di laman Twitter @cheminahsayang yang ditulis menggunakan tulisan jawi hari ini.

سياڤا لبيه برکواس؟ کمنترين ڤلاجرن اتاو pibg ؟

Baginda yang meneruskan ciapan dalam tulisan jawi berkata: “Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian.”

.انق انق ساي جوݢ ک سکوله کراجاٴن pibg هاڽ اونتوق منجاݢ کباجيقن دان موتو ڤلاجرن يڠ د سمڤاي کن اوليه ݢورو ݢورو مڠيکوت sylabus کمنترين…

Ciapan Tunku Azizah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan isu pembelajaran tiga muka surat tulisan jawi di sekolah vernakular yang memberi kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan sama ada ia perlu dipelajari atau sebaliknya.

Kementerian juga memberi kuasa kepada ibu bapa dan murid untuk memutuskan perkara tersebut.

Ciapan baginda itu mendapat sokongan dari kebanyakan pengikut yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Netizen, Izhaq memberi komen bersetuju pendapat baginda dengan menjelaskan, PIBG yang enggan mengikut arahan kementerian adalah bersifat rasis ekstrem dan wajar dibendung.

Danial Ariff Shaari pula meninggalkan komen, Dong Zong lagak seperti jabatan kerajaan, berkuasa tentukan dasar dan silibus SJK sendiri, sedangkan lembaga pengelola masih tertakluk kepada dasar pendidikan kebangsaan, peraturan yang ditetapkan menteri.

Netizen Lin Ramli memberi komen, PIBG dan sekolah berpisah tiada. PIBG hanya membantu pihak sekolah sahaja, bukan hendak mengambil alih kuasa sekolah. Cumanya dengan penglibatan PIBG secara aktif kepada sekolah boleh menyumbang peningkatan prestasi kepada sekolah itu sendiri. – MalaysiaGazette

Loading...