Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pembukaan Sekolah Berfasa Petunjuk...

KUALA LUMPUR - Pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Oktober mengikut fasa...

Tular Rakaman CCTV Pekerja...

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang individu...

Pemuda UMNO Perlu Agresif...

PEKAN - Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO di seluruh negara perlu...

Polis Masih Giat Kesan...

KUALA LUMPUR - Siasatan dan pencarian alat Radiografi Industri (RDD) mengandungi isotop radioaktif...

Siapa Ada Selera Nak ke Raj’s Banana Leaf?

DALAM banyak-banyak perkara, masalah yang paling tidak boleh ditoleransi oleh orang ramai tentunya adalah isu kebersihan restoran yang berkait rapat dengan kebersihan makanan.

Rakyat Malaysia sememangnya mementingkan kriteria ini dan sekiranya kebersihan sesebuah restoran itu tidak dijaga, berkemungkinan besar ia tidak akan dikunjungi oleh orang ramai.

Tular di media sosial, sebuah rakaman video berdurasi 29 saat yang memaparkan sekumpulan pekerja mencuci pinggan menggunakan air lopak di belakang sebuah premis makanan, memualkan netizen.

Beberapa jam selepas rakaman itu tersebar, pengurusan restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf tampil di media sosial mengakui gambar dan video yang tersebar merupakan kakitangan mereka.

Video yang tersebar itu dipercayai dirakam oleh seorang individu tidak dikenali dari arah atas sebuah bangunan berhampiran cawangan restoran berkenaan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sejak ia dimuat naik pada petang Selasa, video tersebut tular di media sosial sehingga ditonton lebih 280,000 kali dan mendapat lebih 8,500 perkongsian.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Raj’s Banana Leaf, pihak pengurusan kedai makan itu memohon maaf berhubung insiden berkenaan namun alasan yang diberikan langsung tidak boleh diterima netizen.

Ujar mereka, perkara yang berlaku merupakan kesilapan pekerja baharu restoran berkenaan dan menegaskan bahawa restoran berkenaan sentiasa melepasi pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala.

Sehubungan itu, sebagai satu cara restoran berkenaan memohon maaf kepada pelanggannya, Raj’s Banana Leaf mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangan yang sama pada 31 Mei ini, dari jam 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Tindakan ini dilihat sebagai salah satu langkah yang diambil oleh restoran berkenaan untuk meredakan situasi yang berlaku.

Tapi perlu diingat, kepercayaan orang ramai terhadap restoran berkenaan pasti semakin terjejas sejak kejadian itu terutama sekali apabila ia melibatkan kebersihan makanan.

Insiden terbaharu mengenai kebersihan restoran ini tentunya membangkitkan beberapa persoalan dalam kalangan orang ramai berkaitan kebersihan restoran berkenaan selama ini. Adakah makanan yang dihidangkan selama ini benar-benar bersih?

Jijik dan memualkan, pinggan mangkuk yang dibilas dengan air lopak dan kemudiannya disusun di satu tempat untuk digunakan semula pasti akan sentiasa dibayangkan oleh sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke restoran berkenaan selepas ini.

Selain itu, tindakan restoran itu yang kemudiannya mahu menjamu makanan secara percuma kepada orang ramai terutama umat islam untuk berbuka puasa sebenarnya memang layak ditempelak.


Apakah mereka fikir orang Melayu kebulur sangat untuk menjamu selera di sebuah restoran yang terang-terang sekali tidak menjaga kebersihan?

Perlu diingat restoran Raj’s Banana Leaf ini bukanlah sebuah restoran ‘Mamak’ atau diusahakan oleh orang India-Muslim. Kedai makanan tersebut merupakan sebuah Indian Restaurant seperti yang ditulis di media sosial mereka.

Tidak dinafikan, ada sahaja orang Melayu yang sering menjamu di restoran berkenaan selama ini, namun sejak kejadian terbaharu ini, adakah anda masih mahu berkunjung ke Raj’s Banana Leaf?

Sehingga kini, ruangan komen posting mereka di Facebook itu menjadi tempat para netizen meluahkan kemarahan dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka terhadap restoran itu.

Alasan pengurusan restoran yang menyalahkan pekerja baharu juga dilihat langsung tidak munasabah dan tidak boleh diterima masyarakat. Bukankah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memantau sebarang kerja yang dilakukan pekerja mereka?

Setiap restoran besar atau restoran biasa pasti mempunyai seorang penyelia restoran yang ditugaskan memantau pekerja-pekerja ini. Dimanakah mereka?

Sedangkan perkara mudah seperti ini juga tidak boleh diselesaikan. Layakkah untuk restoran itu dikunjungi oleh ramai orang?

Video yang dirakam itu juga membangkitkan persoalan sama ada perkara tersebut merupakan modus operandi biasa yang digunakan untuk mencuci pinggan selama ini.

Mungkinkah ia dilakukan setiap hari dan perbuatan mereka akhirnya ‘dikantoikan’ oleh seorang individu yang jelas terganggu melihat keadaan itu.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa orang ramai terutama orang Melayu Islam di negara ini sangat mementingkan kebersihan makanan dan jika sesebuah restoran itu terbukti tidak menjaga kebersihan, mereka pasti akan diboikot habis-habisan.

Terbaharu, restoran Raj’s Banana leaf cawangan Bangsar diarahkan tutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas diperiksa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, siang tadi.

Baca: Restoran Raj’s Banana Leaf Diarah Tutup

Penutupan ini juga diharap mampu memberi kesedaran kepada pengurusan restoran tersebut untuk lebih menjaga kebersihan selepas ini.

Pihak berkuasa juga perlu lebih tegas dengan restoran seperti ini selain perlu melakukan pemeriksaan lebih kerap ke atas premis perniagaan makanan bagi mengelak dari perkara seperti ini berulang. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori