Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Menyamar Pegawai...

PUTRAJAYA – Empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Ngeri! Tubuh Wanita Hamil...

ALOR SETAR - Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan...

KPDNKK Rampas Barang Tiruan...

NILAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas dan menyita...

Piala Dunia: David Beckham...

KALININGRAD - Legenda England, David Beckham akan bersorak untuk skuad Gareth Southgate yang...

Shukry Disingkir Jawatan Pengerusi Lembaga Bank Rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata tindakan ini dibuat selaras dengan Seksyen 5 dan subperenggan 2(2) Jadual Pertama Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) berikutan keterlibatan Shukry dalam Laporan Asal Audit 1MDB.

“Sehubungan dengan itu, apa-apa keputusan yang memberi implikasi kepada Bank Rakyat yang telah dibuat sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Bank Rakyat akan disemak semula dan dibatalkan sekiranya menjejaskan kepentingan bank,” katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan akan mengumumkan pelantikan Pengerusi Lembaga Bank Rakyat yang baharu sebaik sahaja proses pelantikan dimuktamadkan, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori