Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Obama Gesa Kongres Lulus...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama menggesa Kongres meluluskan peruntukan berjumlah AS$6.18 bilion bagi...

Rakyat Bakal Protes Pakatan...

PILIHAN raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang dijadualkan pada 4...

Polis Pandang Serius Laporan...

JOHOR BAHARU - Polis memandang serius satu laporan yang dibuat orang awam berhubung...

“Hantar Anak Ke Spa...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular di media sosial insiden pelajar perempuan sekolah...

Shima Padam Foto Bertunang Tak Tahan Cakap Orang Luar

PERTENGAHAN Disember tahun lalu, pelakon 7 Petala Cinta, Shima Anuar telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan, Mohd. Solib Toha, 41.

Namun tindakan Shima memadam foto-foto majlis pertunangan yang dimuat naik menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan seribu tanda tanya pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun ini menerusi Mstar Online menjelaskan segalanya kenapa dia bertindak sedemikian.

Shima Padam Foto Bertunang Tak Tahan Cakap Orang Luar

Shima Padam Foto Bertunang Tak Tahan Cakap Orang Luar

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar mendedahkan bahawa dia tertekan dengan kata-kata masyarakat sekeliling mengenai pertunangan tersebut.

“Hubungan saya dan tunang masih elok dan kami bahagia. Saya buang gambar-gambar itu kerana tidak tahan dengan cakap-cakap orang luar yang kurang senang dengan kami.


“Saya ambil keputusan untuk padamkan sahaja gambar itu bagi memuaskan hati semua pihak yang kurang senang. Selagi belum bernikah saya tidak akan kongsi gambar kami berdua kerana ia langkah terbaik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shima memberitahu bahawa dia dan pasangan tidak menerima sebarang tajaan dan berhasrat untuk menggunakan duit sendiri pada majlis yang bakal berlangsung pada 8 April depan.

Sumber: Mstar Online

Kategori