Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Norhizam ‘Bergaduh’ Dengan Pengayuh...

MELAKA - Satu rakaman video ‘pergaduhan’ membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu,...

Bekas Peserta Mentor Menang...

BEKAS peserta rancangan realiti nyanyian Mentor, Dewi Liana Seriestha, 25, telah dinobatkan sebagai...

Agoda Tawar Lebih 2...

KUALA LUMPUR - Penyenaraian penginapan Agoda, iaitu platform tempahan perjalanan dalam talian, telah...

Persembahan Solo Joe Di...

JOE berjanji akan mempersembahkan lagu-lagu permintaan yang disuarakan oleh peminatnya terutama di Facebook...

Shila ‘Hadiahkan’ Single Mandarin Buat Peminat

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi popular Shila Amzah yang telah berjaya menempa namanya di persada antarabangsa, terutamanya di negara China.

Khabarnya pada bulan hadapan anak kepada ND Lala ini bakal muncul dengan buah tangan baharu untuk peminatnya.

Menurut ND Lala, sebuah lagu baharu berbahasa Mandarin bakal dilancarkan, dengan melodi lagu tersebut dicipta sendiri oleh Shila manakala liriknya pula dikarang oleh penulis lirik berbangsa Cina dari Malaysia.

“Saya mengharapkan karya terbaharu Shila dapat menggamit perhatian peminat selain mampu menembusi pasaran antarabangsa khususnya pendengar dari China dan Hong Kong,” katanya dipetik Bernama.

Sementara itu, pelantun suara bagi lagu Patah Seribu ini sedang sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Hidayahmu yang telah dilancarkan Jun lalu.

Kata ND Lala, Hidayahmu secara tidak langsung dapat mengajak para pendengar mencari keredaan Allah SWT selain merupakan luahan isi hati Shila supaya lebih banyak bermuhasabah diri.

Ogos lalu, penyanyi ini telah berjaya mengadakan konsert keduanya di Arena of Stars, Genting Highlands.

Baca: Shila Bakal Gegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands

Dikhabarkan tiket konsert My Journey Shila itu habis dijual dan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat dalam dan luar negara.


“Saya bangga dan kagum dengan persembahan Shila pada malam itu kerana mencatat sejarah tersendiri selepas membawakan 22 lagu dalam lapan bahasa seperti Bahasa Melayu, Mandarin, Itali dan Perancis tanpa henti.

“Berikutan sambutan hebat peminat, pihak penganjur dikhabarkan terpaksa menambah kapasiti tempat duduk dan saya difahamkan ada peminat dari luar negara seperti Hong Kong, Amerika Syarikat dan Kanada selain 400 peminat dari China sanggup terbang ke Malaysia bagi menyaksikan persembahan Shila,” tambah ND Lala lagi.

Sementara itu, ND Lala turut berkongsi perkembangan barunya yang bakal muncul dengan lima single terbaru. Kelima-lima single yang sudah dirakam di Indonesia itu bakal dipromosikan dalam jelajah Program Jihad Ekonomi.

Program tersebut yang sudah pun bermula sejak Julai lalu merupakan perkongsian untuk menjadi usahawan berjaya kepada peserta. Khabarnya program tersebut merupakan cetusan ideanya sendiri dalam membantu perkembangan ekonomi masyarakat khususnya.

Tidak kiralah dalam apa jua bidang yang dilakukan anak beranak ini, all the best kami ucapkan! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori