Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

‘Money’ Mati Dalam Kejadian...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang dianggap polis penjenayah berbahaya kerana memiliki pelbagai rekod...

Ahli Sindiket Seludup Migran...

POLIS menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota sindiket penyeludupan migran di Jalan Bandar...

Azmin Didesak Jelas Isu...

MELIHAT pada jalan ceritanya memang timbul persoalan. Luas tanahnya bukanlah kecil, 2,198.4 ekar...

Matrade Dan MPRC Anjur...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Malaysia Petroleum...

Shila Amzah Selamat Dinikahkan

PENYANYI prolifik tanah air Shila Amzah telah selamat diijab kabul bersama pasangannya, Haris Idraki. Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di kediaman keluarganya selepas waktu solat Asar petang tadi.

Dengan sekali lafaz, Shila telah sah menjadi isteri kepada Haris.

Majlis ijab kabul pada hari ini juga turut dihadiri oleh teman-teman artis bagi memberi sokongan dan meraikan hari bahagia ini.

Dalam pada itu, majlis resepsi perkahwinan akan diadakan pada hari Ahad ini, bersamaan 22 April 2018 di Marriot Hotels, Putrajaya.

Syarikat pengurusan acara profesional ANH Events telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan menyelaras keseluruhan majlis sehingga selesai.


ANH Events juga merupakan penyelaras rasmi media untuk majlis perkahwinan ini.

Busana indah yang dipakai juga mempunyai tema khas yang telah diilhamkan sendiri oleh Shila. Dekorasi yang bertemakan “Pure Forest Garden featuring Bohemian Wood” diangkat untuk majlis ijab kabul pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori