Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Air Pasang Besar, Kuala...

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena...

Mat Sabu Nafi Ingin...

BATU PAHAT -- Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk...

Wow..! Arkitek Mahu Bina...

SETIAP orang yang ingin hasil kerjanya diiktiraf perlu datang dengan idea yang lain...

QZ8501: 4 Pegawai Trafik...

SURABAYA – Pihak berkuasa Indonesia hari ini melucut jawatan empat pegawai pusat kawalan...

Sherry Enggan Panjang Isu Resepsi Fattah, Fazura

PELAKON, Sherry Ibrahim tidak mahu memanjangkan isu mengenai tindakan perunding perkahwinan, Rekateemor yang mengaitkan namanya dengan perkahwinan pasangan, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Memetik mStar Online, Sherry memaklumkan bahawa perunding berkenaan telah menghubungi serta menjelaskan punca namanya dikaitkan dengan resepsi majlis pasangan itu pada 11 Mac lalu.

Menurut Sherry, meskipun pihak berkenaan mendakwa akaun Instagram tersebut digodam individu tidak bertanggungjawab namun dia mengakui masih tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan hal itu benar atau tidak.

“Pihak sana ada beri penjelasan kepada Sherry tentang akaun mereka digodam tapi secara peribadi tidak ada cara untuk saya mengesahkan kebenaran perkara itu. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya,” katanya.

Kata Sherry, siapapun yang menulis komen berkenaan dia secara terbuka mengambil pendekatan memaafkan tindakan pihak terbabit yang mana turut mencetuskan provokasi hingga menimbulkan perbalahan diantara pengikutnya dengan peminat Fattzura.

“Faktanya siapa pun yang menulis komen di akaun Instagram Sherry tempoh hari telah menimbulkan provokasi di antara pihak Sherry dan pengikut di pihak sebelah sana.


“Dengan hati terbuka saya memaafkan pihak yang mencetuskan perkara tersebut dan juga pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak,” ujar Sherry.

Baca: Reka Teemor Kena ‘Hack’, Sherry Marah Disindir

Terdahulu, Sherry dikatakan berang apabila perunding berkenaan bertanya sama ada dia sudah melihat majlis perkahwinan Fazura dan Fattah menerusi komen tersebut.

Komen tersebut secara tidak langsung telah menaikkan kemarahan banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang rapat dengan Sherry sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori