Sharnaaz Lupa Diri Lepas Menang Besar Di ABPBH?

SELEPAS memenangi kejayaan besar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 29 (ABPBH 29) baru-baru ini, terdapat pihak yang mendakwa Sharnaaz Ahmad sudah mula berubah sikap dan lupa diri dengan kemenangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Sharnaaz Ahmad yang mengakui sudah mendengar kritikan yang dilemparkan kepadanya mengambil keputusan unutk tidak melatah dan mengatakan bahawa segala rezeki yang datang kepadanya adalah ketentuan dari Tuhan.

“Saya sudah mendengar andaian itu dan ini. Ada yang kata kemenangan ABPBH buat saya lupa diri. Ada juga yang mendakwa tawaran lakonan akan mula berkurangan. Tetapi saya percaya rezeki itu datang dari Allah.

“Saya tak boleh bercakap perkara yang berada di luar kawalan dan bidang kuasa saya. Namun apa yang penting saya kena terus istiqomah dan fokus dengan kerjaya seni termasuk perkara yang saya minat,” katanya kepada BH Plus.

Bagi Sharnaaz, dia tetap optimis dengan pandangan orang ramai dan emparan negatif yang tersebar mengenai dirinya. Katanya lagi, selagi bakatnya diterima peminat, dia akan kekal aktif dan mengharapkan peminat mendoakan kejayaannya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...