Sharnaaz Ahmad Dedah Punca Tumbuk Warga Asing

TERDAHULU, kita pernah digemparkan dengan berita pelakon, Sharnaaz Ahmad didenda kerana bersalah menumbuk seorang lelaki warganegara Bangladesh.

Kejadian yang berlaku di sebuah kelab golf terletak di ibu kota itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk media yang mana sehinggakan ada yang bertindak menyiarkan kembali mengenainya.

Tidak semena-mena, perkara tersebut telah menarik perhatian Sharnaaz bagi tampil menjelaskan perkara sebenar tidak kiralah untuk mempertahankan dirinya mahupun apa sahaja agar perkara ini tidak terus berpanjangan.

Ekoran itu, Sharnaaz meluahkan rasa kesal dan kecewa berhubung perkara tersebut menerusi satu posting di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Bangun pagi gosok gigi cuci muka. Mai dah manusia-manusia yang suka tengok kejatuhan orang. Cerita dah lapok dikorek balik bagi hangat,” tulisnya.

Pada masa sama, menerusi entri itu juga Sharnaaz dilihat turut mendedahkan punca sebenar dia menumbuk warga asing berkenaan dalam satu kejadian pada 22 Julai lepas.

Bagun pagi gosok gigi cuci muka… mai dah manusia manusia yg suka tgk kejatuhan org.. cerita dah lapok di korek balik bagi hangat.. macam ni lah pasai gaous ali ni, aku tak mau panjang cerita kira mengaku salah sudah lah.. sebab apa memang salah pun bergaduh kan.. tapi cuba kalau ko duduk tempat aku, kalau org asing sound ko lebih dari 5 kali tapi ko tak melawan kira hebat lah .. ni sampai siap kurang ajar takan aku malaikat kot brader.. tercetuslah pergaduhan comel comel.. dan pada yg cuba menyemarakan api kontroversi ini.. Alhamdulillah silakan anda buat kerja anda.. sy layankan ajeee.. janji tak petik nama mak ayah aku sudah.. kalau petik, sampai lubang cacing atau umpun umpun aku cari ye.. السلام عليكم semuaaaa 😬👌

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Menurut Sharnaaz, dia bertindak demikian disebabkan oleh sikap kurang ajar lelaki berkenaan yang didakwa beberapa kali menegur dirinya dengan cara yang tidak sepatutnya.

“Macam inilah pasal Gous Ali ni, aku tak mahu panjang cerita kira mengaku salah sudahlah.. sebab apa, memang salah pun bergaduh tapi cuba kalau kau duduk tempat aku.

“Kalau orang asing ‘sound‘ kau lebih dari lima kali tapi kau tak melawan kira hebatlah. Ini sampai siap kurang ajar, aku bukan malaikat kot brader (brother). Tercetuslah pergaduhan comel,” ujarnya.

Perkongsian pelakon yang terkenal menerusi watak antagonis itu ternyata menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 23,000 tanda suka itu dilihat terus menjadi perhatian menerusi laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...