Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PH Bentuk Kerajaan Kedah...

ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan negeri baharu di Kedah...

Percutian Mewah Di Angkasa...

UNIK... Hotel mewah pertama di angkasa bakal menerima tetamu dan menjanjikan pengalaman luar...

PH Ambil Kesempatan Politik...

Pakatan Harapan (PH) usah mengambil kesempatan politik daripada perhimpunan kecil veteran tentera di...

Pencipta Fenomena ‘Follow Me...

PENCIPTA fenomena 'follow me to', Murad Osman berkongsi perkhabaran dengan pengikut Instagramnya bahawa...

Shanshan ‘Diva-9-Gol’ China

SHANGHAI – Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah sila beri laluan.

Penyerang terhangat dalam bola sepak dunia ketika ini adalah ‘Diva-9-gol’ Wang Shanshan dari China.

Shanshan menerima gelaran tersebut daripada media dan peminat bola sepak China selepas meledak sembilan gol dalam tempoh 29 minit ketika dibawa masuk sebagai pemain gantian.

Dia membantu skuad bola sepak wanita China membelasah Tajikistan 16-0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Jakarta, Isnin lalu.

Setakat ini penyerang sensasi itu telah menjaringkan 11 gol, termasuk ketika membantu China membenam Hong Kong 7-0 dalam aksi pembukaan (17 Ogos) dan menumpaskan Korea Utara 2-0 semalam untuk mara ke suku akhir.

Skuad bola sepak wanita China belum dibolosi dalam tiga perlawanan, sekali gus memberi amaran kepada Thailand, yang bakal menjadi lawan mereka pada suku akhir di Palembang, Sabtu ini.


Shanshan, 28, menjadi perbualan hangat di China sehingga ada yang mencadangkan supaya dia bermain untuk skuad lelaki kebangsaan negara itu.

Sentuhannya semua menjadi, termasuk menggunakan tumit yang menjadi identiti Messi dan Ronaldo.

“Dalam tiga perlawanan pe­ringkat kumpulan, Wang Shan­shan meledak 11 gol dan menjadi pemain bola sepak wanita China paling berpe­ngaruh.

“Dalam perlawanan lain yang lebih gen­ting, Shanshan menjadi tonggak untuk membantu skuad wanita memenangi emas,” tulis akhbar dalam talian China, Tencent Sports. – AFP

Kategori