Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Syabas Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Harimau Malaya Baham Kemboja

PETALING JAYA: Biarpun berdepan pelbagai ujian sebelum kejohanan bermula, Harimau Malaya menunjukkan semangat...

Faizal Tahir Dipilih Artis...

PENYANYI terkenal Faizal Tahir telah dipilih menjadi artis pembuka tirai untuk konsert penyanyi...

5,139 Kes Covid-19 Dicatatkan...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 kekal melepasi angka 5,000 hari ini dengan 5,139 kes...

Shahrol Shiro Menyamar ‘Pak Guard’ Sambut Murid Tahun 1

HARI pertama sesi persekolahan 2018 pastinya diwarnai dengan pelbagai reaksi dan ‘drama’ emosi terutamanya buat murid tahun satu.

Ada murid yang menangis tidak mahu berpisah dengan ibu bapa, ada pula yang menyuruh orang tua mereka cepat pulang kerana malu dilihat rakan lain, macam-macam…

Namun buat murid di Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas di Pontian, Johor, sesi persekolahan awal pagi ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang pengawal keselamatan yang ‘luar biasa’ daripada kebiasaannya.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, kehadiran pelawak terkenal, Shahrol Shiro sebagai penyambut tetamu bukan sahaja menghiburkan murid terbabit, bahkan golongan ibu bapa turut terhibur dengan gelagatnya.

Video bedurasi kurang seminit itu turut dikongsi menerusi laman Fanpage daripada komuniti penduduk Johor di mana ia sehingga kini ditonton lebih daripada 100,000 ribu kali dan menerima ribuan perkongsian.

Shahrol yang juga merupakan penyampai radio di Suria FM turut bergambar dengan beberapa ibu bapa dan tidak kurang juga membuat lawak spontan kepada golongan guru-guru di sekolah terbabit.


“Antara artis Malaysia yang pandai layan peminat… ble macam ni lagilah semua orang peminat sayang shahrol shiro👍😘,” tulis Nor Suraya Adha.

“Alhamdulillah satu pendekatan yg terbaik dibuat oleh mereka. Tentu kanak tahun satu seronok nak ke sekolah kan, kan,” kata Hairul Kamal Mohd Tahir.

Manakalan Zera Badzli Shah Azizan menulis: “Hahahahha… aku rasa..mak-mak pon nak ke sekolah balik kot…😜😜😜.” – MYNEWSHUB.CC

Kategori