Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sejarah Tercipta: Roket ‘Falcon...

BILIONAIR Elon Musk berjaya melancarkan roket paling berkuasa miliknya di Pusat Angkasa Kennedy...

Muat Naik Video Hampir...

BELUM lagi reda mengenai isu pelancaran hijab di sebuah kelab malam ternama, pengacara,...

Seni Lukisan Mampu Satukan...

KUALA LUMPUR - Seni lukisan mampu menyatukan rakyat dalam menzahirkan rasa cinta kepada...

Bakar Diri Kerana Nak...

SEKUMPULAN remaja di Rusia sanggup membakar diri sebelum terjun ke dalam sungai gara-gara...

Shaheizy Sam Jaga Batas Dalam Lakonan

SESUATU karya pasti akan memberi impak yang extra apabila barisan pelakon dapat menghayati watak dengan sepenuhnya hingga membuatkaan penonton terkesan dengan lakonan tersebut.

Bagi pelakon hebat, Shaheizy Sam,34, dia sanggup mengikat perut sehingga beratnya mencecah hanya 56kg demi menjayakan watak dalam filem Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali.

Bagaimanapun, perubahan fizikal Sam itu benar-benar membuatkan ibunya, Khaty Fauziah risau melihat perubahan yang ketara ke atas anaknya itu.

“Sebagai ibu sudah pastilah ‘Mummy’ akan berasa risau. Dia juga pernah beritahu rasa sedih melihat saya terlalu kurus dan cengkung namun dia memahami ‘passion’ saya sebagai seorang pelakon.

“Lagipun saya memang jenis yang akan beri sehabis baik untuk menjayakan setiap watak yang diberikan,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Menurut Sam, dia berjaya menurunkan berat yang mendadak iaitu sebanyak 12 kilogram dalam masa dua bulan dan dia langsung tidak merujuk mana-mana doktor bagi mendapatkan berat badan yang diperlukan demi lakonannya.

Selain itu, Sam juga memberitahu bahawa isterinya, Siti Nur Syatilla Amirul Melvin atau Syatilla Melvin sememangnya memberi kebebasan kepadanya dalam berkarya namun dia perlulah sentiasa mengingati bahawa kini dia sudah bergelar seorang suami dan bapa.

Syatilla juga turut memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada suaminya kerana tidak mahu mengganggu kerjayanya sebagai pelakon.

“Tipulah kalau dikatakan tidak timbul sekelumit pun rasa cemburu, namun saya tidak mahu terlalu mengikut perasaan hingga mengganggu kerja Sam.

“Saya pula memang memberikan kebebasan kepada Sam untuk bekerja, namun dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami. Itu saja yang penting,” katanya dipetik daripada BH Online.

Dalam masa yang sama, Sam juga turut meletakkan batasan dalam setiap babak romantis yang dilakonkan demi menjaga hati isteri yang tercinta.

“Saya cuba bawa watak itu dengan baik, namun ia tidak berlebihan dan saya anggap lakonan romantik dalam filem berkenaan masih boleh diterima.


“Saya masih jaga hati isteri dan dia juga patut faham dengan kerjaya suaminya sebagai pelakon. Perkara ini kami sudah bincang awal-awal lagi,” kata bapa kepada dseorang anak iu.

Namun, ada juga sesetengah netizen yang menegur beberapa babak romantis Sam di dalam filem tersebut yang mana menunjukkan dia perlu memeluk dan mendukung Ayda Jebat.

Pelakon hebat ini tidak cepat melatah dengan segala kata-kata negatif daripada netizen dan dia menerima segala pandangan yang diberikan secara terbuka.

“Saya ambil setiap pandangan yang baik secara terbuka dan jika perkara itu boleh membaiki lakonan saya akan terima. Jika sekadar komen negatif saya tidak layan,” ujarnya.

Sebagai isteri, Syatilla pasti akan memahami kerjaya suaminya kerana dia juga turut bergelar pelakon selepas kali terakhir dia muncul di televisyen menerusi drama bersiri Sha& Shah sebelum mendiirkan rumah tangga pada 2016 lalu.

“Saya pelakon jadi saya faham, jika mungkin kalau saya orang luar ada juga sedikit terasa. Pada saya sebagai pelakon dia memang kena buat. Saya tiada masalah dan faham tentang keadaan itu,” katanya.

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, Sam merupakan suami yang sentiasa menjaga hatinya dan tidak akan bercerita sebarang babak romanis yang dilakukan kerana tidak mahu Syatilla berasa cemburu.

Tidak dinafikan, sebagai seorang pelakon, Syatilla juga sangat merindui saat-saat dia berada di lokasi penggambaran.

“Anak masih kecil lagi, malah saya juga tidak percaya orang luar untuk menjaganya. Tunggulah sehingga dia besar sedikit, barulah saya akan menerima tawaran bersesuaian,” tambahnya.

Tapi apa kan daya, selepas mendirikan rumah tangga, Syatilla telah mengurangkan kerjaya kariernya demi menjaga rumah tangga dan kini mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syeriv Samheizy. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori