Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nak Tunjuk Hebat Kat...

SEORANG pengunjung lelaki yang cuba menarik perhatian rakan wanitanya dengan mempamerkan aksi berani...

Wabak Denggi Meningkat Di...

HANOI - Pihak berkuasa tempatan di Vietnam diminta meningkatkan kempen kesedaran dan langkah...

Tembok Berkos RM300,000 Atasi...

KULIM - Pembinaan tembok penahan yang menelan kos RM300,000 kini giat dijalankan bagi...

Kerajaan Bantu Belia Pertanian...

KUALA LUMPUR - Golongan belia luar bandar yang telah berkahwin kini berpeluang  untuk memiliki rumah sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai ahli UMNO yang sama-sama mahu membangkitkan semula parti.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pemilihan parti tahun ini boleh dianggap sebagai satu pesta besar yang disertai seluruh keluarga UMNO.

Ia dimeriahkan lagi ababila tujuh calon bertanding jawatan Presiden, tiga lagi bertanding Timbalan Presiden, lapan bertanding Naib Presiden dan 124 calon bertanding Ahli Majlis Tertinggi.

Jelasnya, ianya satu pembaharuan besar daripada zaman pemerintahan sebelum ini yang tidak menggalakkan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti keramat berkenaan.

“Kalau semua memandang positif dan tiada siapa mengeluarkan kata-kata kesat atau saling menyindir lawannya, pertandingan ini adalah suatu pembaharuan besar.

“Bukan hanya untuk UMNO tetapi keseluruhan masa depan politik Melayu negara ini. Politik tidak menyanggah perlu diberi pentakrifan baharu,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Shabery berkata, Tengku Razaleigh atau Ku Li adalah seperti seorang ayah, manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula seberti abang sulung dan Khairy Jamaluddin sebagai adik bongsu.

Ujar Shabery, seluruh ahli keluarga UMNO yang bertanding ini membawa satu misi yang sama iaitu untuk menyelamatkan semula parti yang kini sedang menjalani ujian terbesar mereka.

“Semua disayangi. Masing-masing membawa misi yang sama, menyelamatkan keluarga yang terancam.

“Ayah ada kebijaksanaan. Abang Long menganggap ini tanggungjawabnya mengganti nakhoda menyelamatkan kapal yang hampir tenggelam, bagi adik bongsu yang gagah perkasa, dialah penggalang tubuh menangkis apa jua bahaya mendatang,” ujarnya lagi.


Tambahnya, perkara tersebut membuktikan semangat kekeluargaan besar UMNO biarpun ada yang berpendapat bahawa ketiga-tiga calon presiden itu duduk berbincang semeja mencari jalan penyelesaian dan bukannya bertanding melawan satu sama lain.

Mereka berpendapat bahawa pertandingan melawan antara satu sama lain akan menyebabkan perpecahan dalam UMNO.

Bagaimanapun, Shabery mengingatkan orang ramai bahawa sindrom tiada pertandingan di peringkat atasan yang dibawa Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menunjukkan bahawa perpecahan masih boleh berlaku.

“Namun ramai pula yang berkata, UMNO sudah lama dilanda sindrom tiada pertandingan. Tradisi bermula zaman Mahathir-Anwar. Tiada pertandingan tiada jaminan UMNO tidak berpecah.

“Mahathir-Anwar pecah, Mahathir-Ghafar pecah, Najib-Muhyiddin pecah dan paling terakhir, resolusi tiada tandingan Najib-Zahid pun antara penyebab UMNO ditolak,” katanya.

Disebabkan itu, Shabery berharap pertandingan dalam pemilihan UMNO 2018 ini akan memulakan semula satu tradisi kemuliaan yang sekian lama terhapus. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori