Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zon Selamat Berjaya Sekat...

ASTANA - Kewujudan zon selamat di wilayah Latakia, Homs, Aleppo, Hama dan Idlib...

Pelantikan Christoph Mueller Sebagai...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia...

PU Abu, Ain ‘Afini...

KLANG - Teka-teki status rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu dan Ain 'Afini...

Jokowi Gesa Tesla Keluarkan...

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menggesa pembuat kenderaan elektrik (EV) Tesla untuk...

Shabani Gorila Kacak

NAYOGA – Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas ribuan 9*/pengunjung datang semata-mata untuk melihat dan merakam wajahnya yang tampan.

Dalam satu undi yang dilakukan Zoo dan Taman Botani Higashiyama di bandar ini meletakkan gorila berkenaan yang dinamakan Shabani sebagai haiwan paling popular.

Daripada 19,316 undian yang dibuat pengunjung dari 6 Oktober hingga 4 November lalu, Shabani menduduki tempat pertama diikuti beruang koala dan gajah.

Zoo berkenaan memberitahu, gorila berusia 22 tahun itu popular kerana ramai pengunjung tertarik dengan wajahnya yang tampan dan pandai bergaya di depan kamera.

“Pembukaan kemudahan terbaru pada Jun lalu menempatkan Shabani dan keluarganya serta beruk yang lain menggalakkan pengunjung mengundi gorila,” kata zoo itu.

Shabani ditempatkan di zoo kedua paling sibuk di Jepun selepas dibawa dari Australia pada 2007.


Gorila itu mula menjadi popular pada 2015 selepas ramai pengunjung mula memuat naik dan berkongsi gambarnya di media sosial.

Shabani juga muncul dalam satu video pengambilan pekerja untuk pejabat perbandaran Nagoya tidak lama dahulu. – Agensi/myMetro Online

Kategori