Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

AIR – Selangor Enggan...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan negeri itu...

Kit Siang Boleh Tunggu...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Lim...

2 Individu Ditahan Kes...

HASIL laporan yang diterima oleh pihak polis, satu serbuan secara besar-besaran telah dilakukan...

Bung Moktar Mulakan Tugas...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk...

Sesi Simulasi PRU14 Perak Berjalan Lancar – MB

IPOH – Sesi pengendalian simulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Perak yang berlangsung pada 10 hingga 25 Mac lepas telah berjalan dengan lancar, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, sesi percubaan membabitkan 24 kawasan Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu ​​​​​​ telah dikendalikan oleh setiap bahagian masing-masing di negeri ini.

“Kita telah membuat segala persiapan dan boleh saya katakan bahawa BN sudah pun bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Semasa simulasi, ia bagaikan satu proses ujian yang mana anda perlu mengenal pasti kelemahan dan bagaimana hendak mencari kaedah terbaik untuk memperbaikinya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata BN Perak mempunyai strategi perancangan tersendiri dalam memastikan jumlah kerusi sekarang akan bertambah pada PRU14 nanti.


“Mahu tidak mahu kita perlu bekerja keras memastikan supaya kemenangan berada di tangan BN dan seterusnya membentuk kerajaan,” katanya tanpa mahu mengulas berapa banyak kerusi yang akan ditambah.

Selain itu, Zambry berkata BN Perak telah menyusun pendekatan yang sebaik-baiknya bagi menghadapi pilihan raya akan datang dan melihat isu-isu yang dibangkitkan pembangkang pada waktu ini. – BERNAMA

Kategori