Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sepanyol Usir Duta...

MADRID - Kerajaan Sepanyol pada Isnin memutuskan untuk mengusir Duta Besar Korea Utara...

Malaysia Perlu Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan lebih ramai inovator dan usahawan untuk memacu pertumbuhan...

‘Superman’ Berbaju Raya Tumbang...

SATU rakaman video menjadi tular di laman sosial memaparkan lima remaja menunggang lima...

JPJ Diarah Kaji Tempat...

PETALING JAYA - Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengkaji keberkesanan...

Sesi Sekolah Tangguh Hingga Malaysia Pulih COVID-19

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan anak masing-masing.

“Saya baca komen ibu bapa di Facebook, ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi.

“Rata-rata ibu bapa bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara saudari saya pun bimbang.

“Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dulu sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin keadaan kembali pulih,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini.


Katanya, beliau meminta Kementerian Pendidikan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sehingga sekolah dibuka.

“Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

“Mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehingga sekolah dibuka,” katanya. – myMetro Online

Kategori