Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Menderita Saiz Kepala...

BENTONG - Bermula dengan hanya benjolan kecil di bahagian kepala, seorang remaja, Muhamad...

KKM Tubuh Jawatankuasa Bebas

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan akan menubuhkan jawatankuasa bebas...

Perhimpunan: Jangan Sentuh Sensitiviti...

PUTRAJAYA - Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' esok sebagaimana...

Kerajaan Rangka Pelbagai Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha membantu pesara kerajaan untuk terus kekal aktif dan...

Sesi Pandu Uji Kereta Terbang Dibuat Secara Tertutup

KUALA LUMPUR – Sesi pandu uji kereta terbang yang dikhabarkan berlangsung Khamis ini akan dibuat secara tertutup tanpa penglibatan media.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, undangan hanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyaksikannya.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu juga tidak mendedahkan lokasi ujian tersebut diadakan bagi menghormati permintaan pemaju projek berkenaan.

“Sesi pandu uji ini adalah hasrat pemaju projek kereta terbang dan mereka enggan mendedahkannya kepada orang ramai. Tambahan, kita hanya membantu mereka.

“Saya tidak boleh dedahkan perincian sesi pandu uji ini kerana menghormati permintaan mereka (pemaju), selain khuatir liputan yang akan dibuat sekiranya kereta berkenaan gagal terbang ketika sesi pandu uji,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Mohd Redzuan memberitahu Dewan Rakyat bahawa sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali Khamis ini di Subang.

Menurutnya, beliau sendiri akan melakukan pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.


Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan belum menetapkan sama ada akan terus mengeluarkan kereta terbang nasional atau sebaliknya walaupun keputusan pandu uji itu menunjukkan perkembangan positif.

Jelasnya, terdapat beberapa perkara perlu dibincangkan secara menyeluruh khususnya perihal ruang udara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Saya masih belum tahu perincian mengenainya (kereta terbang) lagi. Saya hanya mahu meneliti manfaat kereta terbang ini terlebih dahulu.

“Ketika ini kita masih mempunyai pertikaian mengenai ruang udara dengan perbincangan mengenainya sedang dijalankan di peringkat kerajaan tentang bagaimana ia boleh diselesaikan,” katanya.

Kategori