Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cemas… Powerbank Meletup Dalam...

GUANGZHOU – Cemas apabila kebakaran berlaku di dalam kabin sebuah pesawat China Southern...

SPR Nafi Batal Laporan...

SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan tuduhan bahawa agensi itu membatalkan laporan...

Pekerja Diberi Cuti Bergaji...

BN menjanjikan cuti bergaji pada hari lahir pekerja sebagai mengiktiraf sumbangan golongan terbabit.Ikuti...

Polis Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan...

Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Guna

TENGOKLAH betapa liciknya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya memanipulasi secara terancang isu hutang negara.

Ketika saat ramai pakar ekonomi mengkritik Manifesto PH sebagai tidak realistik di bumi nyata, rakyat Malaysia pula enggan mempercayainya.

Lantas membuat kesilapan besar dan akhirnya mengeluh dibuang kerja, GST, bayaran tol dan PTPTN bukan sahaja tidak dimansuhkan, malah kantung rakyat diragut dengan cara halus dan terhormat.

Harga barangan pengguna bukan sahaja tidak turun, bahkan semakin meningkat naik dengan hebat.

Harga runcit minyak petrol yang dijanjikan konon di bawah paras RM2.00 seliter juga tidak kunjung tiba.

Malah para pelabur asing sendiri cuak dengan mainan angka tentang hutang negara oleh para pemimpin PH hinggakan mereka menarik keluar modal dari Malaysia.

Ia belum termasuk harga saham dan indeks Bursa Malaysia merudum setiap hari semenjak PH mentadbir Putrajaya.

Di saat agamawan menasihati akan ancaman golongan KAFIR HARBI terhadap kemakmuran nasional dan toleransi beragama, rakyat Malaysia memperlekehkannya.

“Mana mungkin si KAFIR HARBI yang bertanding sedikit kerusi mampu menguasai negara?” tempelak mereka dengan nada angkuh.

Nah, kau rasakan sendiri jawatan-jawatan sektor kerajaan yang dimiliki oleh saudara seagama dan sebangsamu dibuang umpama sampah sarap dan dihalau umpama kucing kurap oleh si KAFIR HARBI golongan munafik itu.

Nah, kau rasakan sendiri institusi dan agensi berkaitan agamamu dijentik begitu sahaja oleh si KAFIR HARBI dan golongan munafik tersebut.


Nah, kau rasakan sendiri Raja-raja dan Sultan-sultanmu tidak mampu memayungi diri kamu.

Bahkan baginda-baginda tersebut juga tidak mustahil akan gagal memayungi diri mereka sendiri.

Nampak tak peranan si KAFIR HARBI dan golongan munafik berjubahkan Melayu dan Islam selama ini menunjukkan belang mereka?

Siapakah yang menganugerahkan mereka kesombongan dan kuasa untuk mengganyang agama, bangsa dan negaramu?

Tidak lain dan tidak bukan tangan-tangan kamulah yang telah merestuinya sendiri.

Amatlah benar dan tepat sekali bicara orang tua-tuamu bahawa “SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA”.

Sumber: Aspirasi Rakyat

Kategori