Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Lemas Terjun Laut...

HONG KONG - Seorang remaja tempatan berusia 21 tahun terpaksa dikejarkan ke sebuah...

Sime Darby Seru Iceland...

KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) menyarankan supaya rangkaian pasar...

Pusat Tahanan Xinjiang: Mujahid...

KUALA LUMPUR - Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pembangkang berhubung kenyataan dalam akaun...

Nasi Lemak Gay Gulung...

KETIKA kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, kini muncul pula Nasi Lemak...

Serpihan Dari Mozambique Hampir Pasti Datang Dari MH370

KUALA LUMPUR – Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester berkata laporan itu menunjukkan kedua-dua serpihan adalah daripada sayap pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang itu.

“Penstensilan pada kedua-dua bahagian serpihan memberikan penyiasat bukti hubung kait. Fon dan warna pada nombor yang distensilkan pada bahagian pertama menyamai apa yang dibangunkan dan digunakan oleh Malaysia Airlines.

“Bahagian kedua mengandungi perkataan ‘No Step‘ dengan penstensilan konsisten dengan yang digunakan Malaysia Airlines dan sebuah pengikat yang dipasang pada bahagian itu membuktikan hubung kait serpihan berkenaan dengan talian pengeluaran pesawat itu,” kata beliau dalam satu kenyataan media di dalam laman sesawang kementerian itu hari ini.

“Saya berterima kasih dengan pasukan daripada ATSB, Geoscience Autralia, Boeing dan Australian National University di atas tugas mereka,” katanya.

Chester berkata pencarian pesawat hilang itu diteruskan di 20,000 kilometer persegi terakhir.

Beliau berkata kapal China Dong Hai Jiu 101 yang terlibat dalam pencarian akan digerakkan semula ke kawasan itu selepas penemuan semula peralatan sonar yang hilang dalam pencarian sebelum ini.

“Pada 21 Mac kegagalan penyambung kabel penunda mengakibatkan kehilangan peralatan sonar daripada Dong Hai Jiu 101,” katanya.


Chester berkata beliau merasa gembira kerana peralatan sonar itu telah berjaya dikeluarkan dari dasar lautan.

“Ia akan diperiksa dan diuji sebelum kapal itu kembali ke kawasan pencarian,” katanya.

Kedua-dua serpihan itu ditemukan berasingan di Mozambique pada Disember tahun lepas dan Februari tahun ini.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, usaha mencari dilakukan di selatan Lautan Hindi yang mana laluan penerbangan MH370 dipercayai berakhir. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori